CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2417|Reply: 2

Glaukoma sejak dalam kandungan

[Copy link]
Post time 18-4-2013 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Glaukoma adalah sejenis penyakit yang menyebabkan kerosakan berterusan (progresif) pada saraf optik mata. Kerosakan pada saraf optik menyebabkan seseorang boleh kehilangan penglihatan secara beransur-ansur dan akhirnya mengakibatkan buta.


Faktor risiko utama yang menyebabkan kerosakan ini adalah tekanan mata yang tinggi. Peningkatan tekanan mata disebabkan rintangan berlaku pada aliran keluar akueus iaitu larutan berair yang mengisi ruang mata, terletak betul-betul di belakang kornea dan di hadapan kanta.


Akueus bertindak sebagai medium untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada struktur dalaman mata. Ia kemudiannya akan membawa bahan buangan keluar dari mata melalui sudut antara iris dan kornea seterusnya ke peredaran darah.



Pesakit glaukoma akan mengalami masalah pada aliran keluar cecair tersebut. Mendapan cecair ini akan terus meningkat dan seterusnya tekanan mata juga akan turut meningkat.


Jenis-jenis glaukoma bergantung kepada keadaan sudut tersebut sama ada sudut terbuka atau sudut tertutup.
Sudut tertutup berlaku apabila pangkal iris menutup bahagian sudut manakala sudut terbuka pula rintangan berlaku pada jaringan yang terdapat di dalam sudut.


Glaukoma kongenital primer bermula sejak lahir sehingga umur dua tahun manakala glaukoma infantil primer bermula dari umur tiga tahun hingga 10 tahun.


Kedua-dua jenis glaukoma ini berlaku disebabkan oleh gangguan pada peringkat pembentukan sudut semasa di dalam kandungan lagi.


Disebabkan oleh tekanan mata yang tinggi sejak dalam kandungan, bola mata dan kornea boleh membesar disebabkan struktur mata yang masih lembut. Keadaan ini dinamakan buftalmos manakala glaukoma infantil primer pula, mata kelihatan normal.
Glaukoma yang berlaku pada peringkat kanak-kanak dan remaja pada usia antara 10 hingga 35 tahun dipanggil glaukoma juvenil primer.


Glaukoma jenis ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan glaukoma sudut terbuka yang berlaku pada orang dewasa.
Kemungkinan terdapat riwayat keluarga kerana genetik yang berkaitan dengan glaukoma ini terletak pada kromosom 1 (1q21 hingga q31).


Memandangkan tekanan mata adalah faktor utama penyebab kerosakan pada saraf mata, rawatan untuk glaukoma adalah dengan menurunkan tekanan mata.


Rawatan boleh dilakukan dengan cara ubat-ubatan, laser dan pembedahan bergantung kepada jenis glaukoma dan tahap kerosakan. Selepas seseorang itu disahkan mengalami glaukoma, rawatan susulan mestilah dilakukan.


Selain pemeriksaan tekanan mata, doktor akan memeriksa bahagian saraf optik untuk mengesan sebarang kerosakan. Ujian bidang penglihatan akan dilakukan setiap tiga atau enam bulan bergantung kepada tahap kerosakan yang berlaku.


Oleh kerana tiada ubat yang boleh menyembuhkan glaukoma, rawatan susulan amatlah penting dan perlu dilakukan sepanjang hayat.


Untuk glaukoma kongenital dan infantil primer, pembedahan perlu dilakukan untuk mewujudkan saluran baru disebabkan sudut tidak terbentuk dengan sempurna.


Ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan kemungkinan diperlukan selepas pembedahan. Untuk glaukoma juvenil, rawatan adalah dengan pemberian ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan mata.


Sekiranya glaukoma tidak dapat dikawal sehingga tiga jenis ubat penurunan tekanan digunakan, pesakit dicadangkan untuk menjalani pembedahan pembentukan saluran baru.


Rawatan laser lebih dikhususkan untuk glaukoma sudut tertutup. Walau bagaimanapun sesetengah glaukoma sudut terbuka boleh mendapat manfaat dengan rawatan laser.


Pesakit glaukoma boleh menghadapi masalah penglihatan kabur sekiranya kerosakan saraf optik terus berlaku. Kerosakan ini tidak boleh dipulihkan dan rawatan hanyalah untuk mengekalkan serta memelihara tisu-tisu saraf yang masih baik.


Penglihatan kabur juga boleh disebabkan oleh rabun jauh (miopia ). Rabun jauh boleh berlaku pada setiap individu.


Tidak ada bukti saintifik menunjukkan pesakit glaukoma mengalami risiko rabun jauh yang lebih tinggi dari individu lain. Walau bagaimanapun seseorang yang mempunyai rabun jauh lebih berisiko untuk mendapat glaukoma.


Jika pesakit glaukoma pernah menjalani pembedahan mata, risiko terbentuknya katarak boleh berlaku dan ini juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur.


oleh Pakar Mata, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Sahimi Sulaiman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 07:28 AM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:12 PM | Show all posts
kesian, kecik2 dh sakit, ni xdak lain mesti org miskin kena..

dunia dunia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.348292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list