|
FOREVER LIVING, syarikat pengeluar produk Aloe Vera NO. 1 dunia, telah ditubuhkan di AS pada tahun 1978 oleh Rex Maughan. Ia adalah nama yang anda boleh YAKINI untuk membawa khasiat alam semulajadi yang amat mengagumkan ini kepada anda.
Misi
Kami mengalu-alukan sebarang komen, pandangan, cadangan, pertanyaan daripada rakan-rakan sekalian untuk kami memperbaiki perniagaan kami di masa hadapan.
Sila tinggalkan sebarang komen, pandangan, cadangan membena atau pertanyaan tentang masalah anda. Kami akan cuba membantu menyelesaikan sebarang persoalan yang diajukan
Deskripsi
Produk Aloe Vera FOREVER diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1983. Produk utama FOREVER iaitu minuman Gel Aloe Vera yang distabilkan 100% bukan sahaja merupakan produk FOREVER yang paling laris di Malaysia tetapi ia juga adalah antara produk-produk kesihatan yang paling laris jualannya di seluruh dunia. Walaupun terdapat banyak jenama Aloe Vera yang lain dalam pasaran, FOREVER amat berbangga bahawa ia merupakan pemimpin yang tidak tercabar bagi Aloe Vera.
KETAHUI KEBAIKAN ALOE VERA, PRODUK ALOE VERA, FOREVER LIVING PRODUK
FAKTA ALOE VERA/LIDAH BUAYA
Dikenali sebagai "Tongkat Sakti Syurga" oleh orang Asli Amerika dan dipanggil "Doktor Dalam Pasu" oleh penjelajah agung Christopher Columbus, Aloe Vera ataupun Lidah Buaya sememangnya bukanlah suatu pokok yang biasa. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti 'tumbuhan ajaib' dan 'mata air yang mempermudahkan'. Lidah Buaya ialah sejenis tumbuhan yang telah digunakan untuk kesihatan dan kecantikan seawal 4,000 tahun dahulu. Ratu Mesir Cleopatra yang hidup lebih kurang 2,000 tahun dahulu adalah dikatakan menggunakan Lidah Buaya dalam rejim kecantikannya setiap hari untuk menjaga keremajaan kulitnya serta mengekalkan kecantikannya.
Dalam dunia moden hari ini, kegunaan Lidah Buaya yang paling dikenali ramai ialah sebagai ejen untuk melegakan dan memulihkan luka. Akan tetapi, ramai para penyelidik percaya bahawa Lidah buaya boleh membawa lebih banyak manfaat yang lain disamping menolong memulihkan luka.
Bukti yang telah dikumpulkan daripada perakuan pengguna yang berpuas hati dengan penggunaan Lidah Buaya dan eksperimen makmal mencadangkan bahawa Lidah Buaya boleh membantu untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan daripada masalah kulit hingga ke masalah dalaman yang berkait dengan usus dan sistem imun.
Analisa makmal mendapati gel Aloe Vera menunjukkan bahawa ia mengandungi lebih daripada 200 sebatian termasuk 20 jenis asid amino, 12 antrakuinon, 12 vitamin, 8 enzim, 20 mineral, 4 sterol tumbuh-tumbuhan, monosakarida, polisakarida, saponin, asid salisilik, lignin dan hormon. Tindakan-tindakan bersinergi sebatian-sebatian inilah yang dipercayai memberikan Aloe Vera sifat-sifat anti keradangan, pemulihan luka dan perangsang imunnya yang menolong memperkuatkan sistem pertahanan dan pemulihan badan kita untuk mengatasi pelbagai keadaan kesihatan.
|
|