CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 1

Alah protein susu lembu

[Copy link]
Post time 25-4-2013 09:24 AM | Show all posts |Read mode
KERESAHAN Rosnah, seorang ibu muda terhadap anaknya, Zamil yang baru berusia enam bulan yang mengalami alahan dan keradangan selepas minum susu formula kini terjawab.

Doktor mengesahkan, Zamil mengalami masalah alahan kepada protein susu lembu (CMPA) yang kurang disedari di kalangan ibu bapa berlaku terhadap anak-anak mereka.

CMPA adalah alahan makanan paling lazim dalam kalangan bayi, walaupun statistik agak terhad. Susu dipercayai merupakan alahan makanan yang paling lazim dialami oleh bayi di Asia dan Malaysia

Namun, ia sering disalah tafsir kerana kesannya merangkumi pelbagai tindak balas alahan.

Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr. Amir Hamzah berkata, istilah terkini untuk alahan atau alergi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Alergi Sedunia ialah sebarang tindakbalas hiper sensitif terhadap susu.

"Ia boleh dibahagikan kepada CMPA dan tidak toleransi laktosa. Kedua-dua keadaan ini adalah berbeza.

"Tidak toleransi laktosa ialah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa disebabkan kekurangan enzim laktase, manakala CMPA pula ditakrifkan sebagai tindak balas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu," katanya.

Dr. Amir berkata, berdasarkan kajian CMPA boleh berlaku sejak bayi dilahirkan dan memuncak dalam tahun pertama.

Ia biasanya reda dalam jangka masa tiga atau empat tahun.

Namun katanya, kajian melibatkan 807 kanak-kanak yang mengalami CMPA mendapati masalah ini boleh berlarutan sehingga ke alam remaja bagi satu pertiga daripada kanak-kanak tersebut, manakala 12 peratus terus mengalami alahan terhadap susu lembu sehingga usia 18 tahun.

Sementara itu Pakar Pediatrik dan ahli Kolej Pediatrik, Akademi Perubatan Malaysia, Dr. Chai Pei Fan berkata, simptom CMPA di kalangan kanak-kanak boleh berlaku beberapa minit selepas susu diminum.

"Ia bermula dengan keradangan kulit, masalah penghadaman, keradangan yang teruk dan berlaku kemungkinan tindak balas alahan yang lebih teruk iaitu anafilaksis," katanya.

Justeru jelasnya, ibu bapa perlu mengetahui masalah yang dihadapi dan mengambil langkah yang betul untuk menangani CMPA.

Sempena Minggu Alergi Sedunia 2013 yang berlangsung dari 8 hingga 14 April lalu, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen Kesedaran Alahan Protein Susu Lembu.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik ibu bapa tentang CMPA dalam kalangan kanak-kanak


Sebagai pembuka tirai kepada kempen ini, pada tahun lepas Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan MSAI telah melancarkan risalah Panduan Pengurusan Alergi Protein Susu Lembu dalam Kanak-kanak 2012 di kalangan pakar kesihatan.

Panduan ini bertujuan untuk membantu pakar kesihatan mendiagnosis CMPA dengan tepat, membekalkan maklumat khusus dan cara-cara untuk menangani masalah ini dan memastikan kanak-kanak tersebut mendapat nutrisi yang mencukupi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2013 09:24 AM | Show all posts


Dari kiri Pengerusi Jawatankuasa Panduan Pengurusan Alergi Protein Susu Lembu dalam Kanak-kanak 2012, Prof Lee Way Seah, Dr. Amir Hamzah dan Dr. Chai Pei Fan melancarkan Kempen Kesedaran Alahan Protein Susu Lembu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list