CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 0

Berri Acai: Antioksidan Terhebat

[Copy link]
Post time 30-4-2013 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Daripada pokok-pokokpalma yang tumbuh di muara Amazon di utara Brazil didatangkan berriacai yang mengandungi antioksidan antosianin (pejuang radikal bebas)yang sangat tinggi. Radikal bebas adalah molekul tanpa pasanganelektron, ia sentiasa mencari pasangannya di molekul dalambadan kita, menyebabkan kerosakan DNA dan kemudian menyebabkan tindakbalas yang memudaratkan, yang boleh menyebabkan penyakit kanser danjantung, menyebabkan kita sakit, menjadikan kita lebih tua dari umur,dan menyebabkan kematian. Acai (disebut ah-sa-ee) digunakan untukpenjagaan kesihatan secara tradisional sejak berzaman di Brazil.Antioksidan acai bertindak seperti peluru berpandu mencari danmemusnahkan stres oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.



Sejak Dr. Perricone memperkenalkan berri acai sebagai makananantioksidan nombor satu dunia di dalam rancangan TV Oprah dimana Oprah sendiri menyebut bahawa berri acai adalahsebahagian dari dietnya, populariti berri acai telah meledak. Berriacaidisyorkan oleh ramai pakar pemakanan kerana fungsi antioksidannyamelebihi lain-lain makanan yang tinggi dengan antioksidan seperti berribiru dan anggur merah. Diet yang kaya dengan berri acai akanmenjaga kesihatan dan meningkatkan kesejahteraan dankecergasan.            
            
                  Berri acai mempunyai apayang tubuh perlukan:
                  
                  Antosianin (10-30 kalilebih daripada anggur merah)                  Asid lemak (Omega 6S,Omega 9S                                    Asid amino                  Mineral sekumin                  Phytosterols (diketahui mengekalkan tahapkolesterol plasma darahyang sihat)                                    
            Berri acai jugadikatakanmempunyai banyak faedah lain seperti meningkatkan penghadaman,pembersihan dan detoksifikasi badan, meningkatkan imuniti tubuh,menyokongkesihatan kardiovaskular, meningkatkan kejelasan mental, meningkatkanpenglihatan, mengurangkan insomnia, dan melambatkan proses penuaan.
            
Makanan tambahan/suplement berri acai terdapat di pasaran dalam bentukkapsul, tepung, puri atau jus (seperti RioVidadan Monavie). Iaberharga antara RM140 hingga RM280 sebulan bergantung kepada dos.
            
            Kelebihan:
            
            

Penyelidikan saintifik menyokong dakwaan kesanbaik beri acai ke ataskesihatan individu            Kandungan antioksidan yang tinggi bolehmengurangkan risiko penyakit-penyakit yang sering dikaitkan denganpenuaan seperti penyakit kardiovaskular dan kanser            Antioksidan adalah baik bagi mereka yang aktifkerana ia meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan semasa bersenam                        
            
            Keburukan:
            
            Terdapat banyak laporan penipuan berkaitan denganpenjualan produk berri acai yang berkualiti rendah            Harga agak mahal bagi kebanyakan orang            
Berri acai mempunyai beberapa faedah nutrisi yang penting. Bagaimanapundengan mengambil pelbagai buah-buahan segar dansayur-sayuran dan lain-lain makanan yang tinggi kandunganantioksidan, ada kemungkinan untuk mendapat faedah yangserupa. Makanantambahan yang mengandungi berri acai seperti RioVidaboleh menyokongkesihatan dan kesejahteraan pengguna. Sekiranya anda memilih untukmencuba berri acai, adalah disyorkan untuk mencari sumber yangberkualiti tinggi dan mempunyai reputasi baik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 1.014676 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list