CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2828|Reply: 3

Lelaki Uberseksual

[Copy link]
Post time 6-5-2013 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Kita sering kali di perkenalkan dengan gaya Lelaki metroseksual,pernah membahas sifat-sifat Lelaki metroseksual.namun sekarang kita bercerita tentang Lelaki Uberseksual.

Sebenarnya ada Lelaki yang lebih hebat dari segi fizikal dan mental.

Golongan yang digelar Uberseksual ini dikatakan mempunyai sifat kelelakian dan pemikiran yang lebih mengagumkan.
Apa ciri-ciri Lelaki Uberseksual dan apa bezanya mereka dengan Lelaki Metroseksual?!



1; TIDAK DI BUAT-BUAT

Sifat kelelakian dan ketampanan lahir secara semula jadi,mereka tidak perlu meniru pada majalah maupun mendapatkan pandangan dari pada para pereka fesyen untuk mereka berpenampilan.

Karena apapun yang mereka pakai dibadan mereka,semuanya akan kelihatan OK saja.

Bahkan mereka akan sangat merasa yakin dengan penampilan mereka,keyakinan yang ada itu juga membantu mereka untuk menjalani kehidupan.

Dalam kehidupan.mereka cuba menerima apa juga yang datang dengan lapang dada dan tidak menjadikannya sebagai hal yang menyulitkan.

2. PUNYA TEMAN AKRAB

Lelaki biasanya tidak memerlukan teman akrab untuk berkongsi kisah atau cerita suka dan duka,namun sebaliknya bagi lelaki Uberseksual,mereka mempunyai ramai teman akrab dan sering melakukan aktiviti yang bersifat Maskulin bersama. Bagi mereka,meluangkan waktu bersama teman-teman juga penting. Selain bercerita tentang bola sepak,mereka juga akan setia mendengar sekaligus bertukar pendapat mengenai masalah yang mereka hadapi. Dengan begitu jiwa mereka akan merasa lebih tenang,sekaligus dapat mengharungi hari yang akan datang dengan lebih baik.


3; TIDAK OBSES

Berbanding Metroseksual,lelaki jenis Uberseksual tidak perlu terlalu berusaha untuk tampil bergaya,mereka juga tidak terlalu beriya-iya untuk berdandan,apalagi menggunakan produk perawatan diri yang ternama. Ini semua kerana keadaan semula jadi mereka yang memang sudah menawan,jadi mereka hanya perlu mempertahankan dan menjaganya saja. Golongan lelaki Uberseksual ini sukakan sesuatu yang ringkas dan hasilnya memadailah sederhana,mereka tidak perlu menghias diri secara keterlaluan karena mereka memang sudah cukup memukau dimata semua orang.


4; RAMAH MESRA

Inilah sifat baik yang ada dalam diri Uberseksual,mereka amat mementingkan perhubungan.
Jadi..mereka sebaik mungkin akan menjalin dan menjaga perhubungan dengan orang-orang disekeliling mereka. Ketika bergaul,mereka tidaklah cerewet dan memilih,sebaliknya mereka akan berkenalan dan bertegur sapa dengan siapa saja tanpa melihat latar belakang orang itu. Inilah yang menjadikan mereka istimewa,tidak kira lelaki atau wanita,mereka akan mudah saja bergaul.


5; MEMPUNYAI KERJAYA MANTAP

Golongan ini berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi.

Setelah terjun dalam satu bidang,mereka akan pastikan ianya sukses sekaligus menjadikan mereka seseorang. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian mereka agar apa yang diusahakan benar-benar berjaya. Tidak ada perkataan mengalah atau berputus asa dalam kamus hidup mereka. Oleh kerana itu,ramai yang memilih Uberseksual sebagai idola,sama ada dalam kehidupan pribadi maupun dalam pekerjaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 09:27 PM | Show all posts
so, malaun mana yang pandai-pandai create this so called term uberseksual ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 11:28 PM | Show all posts
@ adakah buleh tergolong dlm lelaki alpha?@alpha+beta male?..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 02:53 AM | Show all posts


mcm2 istilah seksual sekarung.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035351 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list