|
Nabil (depan) ketika memimpin perlumbaan di litar.
NABIL Jeffri peroleh banyak pengalaman berguna sebaik berakhirnya Pusingan 5 Kejuaraan Formula 3 Jerman di Litar Lausitzring, Jerman, semalam.
Pada perlumbaan itu, pemandu pasukan Eurointernational itu menamatkan saingan di tempat kesembilan dengan masa keseluruhan 31:45.702s.
Saingan Perlumbaan 3 turut menyaksikan Nabil yang bermula dari petak ketujuh turut dikenakan penalti ‘drive through’ selepas melakukan kesalahan ‘jump start’.
“Banyak perkara baru saya peroleh pada perlumbaan minggu ini terutamanya dari segi tahap kecergasan. Saya perlu tingkatkan lagi tahap kecergasan kerana saingan Formula 3 ini agak panjang jika dibandingkan dengan aksi di Formula BMW.
“Selain itu pada Perlumbaan 2, saya bermula dari petak kedua dan ini merupakan kali pertama saya memulakan perlumbaan dari barisan hadapan sejak beraksi dalam saingan F3 Jerman ini. Mungkin kerana perasaan saya agak gementar, saya gagal guna kelebihan itu,” jelas Nabil.
Selepas lima pusingan, Nabil kini menghuni tangga kesembilan dalam senarai keseluruhan dengan 37 mata.
Pusingan 6 akan berlangsung di Litar Nurburgring German pada 2 hingga 4 Ogos ini
|
|