CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22230|Reply: 47

5 Sebab Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap

[Copy link]
Post time 15-8-2013 12:17 PM | Show all posts |Read mode


CANTIKNYA AWEK TANPA MAKE UP MAC

Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Kenapa ye kaum ini sukakan wanita yang tidak pakai mekap? Natural beauty kot? Lebih berkeyakinan mungkin? Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.

Suka Wanita Yang Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.


WALAUPUN AKU KETIAK BELECAK.. awek aku ttp syg abadi asmara sejenak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2013 12:29 PM | Show all posts
i suka mekap, laki I rileks sajahh..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:30 PM | Show all posts
ape ayat yang last tuh...lawak...berani btol...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:50 PM | Show all posts
che ta make up tak? ketiak che ta bau wangi tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:53 PM | Show all posts
"Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya."


yg ni ai setuju, kdg2 tpaksa bwk je perkakas mekap n mekap dlm keta...

sikit2 pon kena mekap jugak, tpi jgn la hover....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 02:08 PM | Show all posts
mekap bese2 je klo kuar.. klo event ke wedding bru ler nk bermekap over sket.. hihih.. g kje, mekap pon mls.. leceh nk cuci2 time nk solat..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2013 10:28 AM | Show all posts
natural beuty katenye..huhu.. Prefer x mekap kot..senang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 11:49 AM | Show all posts
Saya suka tengok muka awek saya lepas bangun tidur terutama pada waktu pagi. Memang natural beauty habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2013 02:45 PM | Show all posts
nk mekap boleh...tp jngn la sibuk nk bekontek len..bulu mata serumpun..mekap setebal2 sampai nk putih 3 tona lebih cerah daripada kulit sndirik...sampai nampak bedak becapuk2..tk snonoh...kelakar..nampak sngt tk reti mekap tp sibuk nk melawa.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 02:53 PM | Show all posts
eh gamba tu mekap le. natural makeup. kene tipu u all.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 07:04 PM | Show all posts
tau2 bila da kawen eh apsal x cun plk bini aku ni.

rupa2nya br sedar makeup menjadi punca
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 09:41 PM | Show all posts
its depends ler..tengok keaadaan..tak kan masa nak g berkelah nak pakai mekap bagai..pelik la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 09:38 AM | Show all posts
pengalaman aku dengan perempuan terlebih mekap dengan tidak mekap,

sorg bff aku memang cun lah jika kt fesbuk memg rmai usya, ada sekali tu aku pergi rumah dia

pepagi, dia pun x sempat nak solek kot sebab aku ambil barang jer...

aku xberani pandang muka dia bila tidak mekap

masa zaman aku belajar, ada gurl nie muka biasa jer tapi bila dia mekap semua kat kelas terkedu pandang muka dia,

dia pakai bedak dan foundation jer bagi nampak cerah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 10:00 AM | Show all posts
hanya 3 kali aku pnah bermekap (time konvo, inteview keje, tunang) tu pun kakak aku yg tolong. aku x reti mekap so sgt x konfident n x selesa bile bermekap.. ari2 aku pkai bedak silky girl n lipstik je..sgt low mentenance..tunang pun makin syg....hahahaha. agaknye la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 03:06 PM | Show all posts
aku pkai base makeup je. foundation cukup la.
masa raya pun tambah blusher je.

for me natural beauty is the real beauty
dkt kolej aku , ada je yg makeup 3inci
so not pretty. dlm gmbr yela. tgk dkt dkt err scaryyy
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2013 06:42 PM | Show all posts


save budget

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2013 11:52 AM | Show all posts
aku suka make up..tp tgk event la..kalau g pasar mmg pakai bedak je..tp husband aku x suka aku make up..die suka muka aku yang ori walaupun nmpak bekas jerawat sikit..

nak x nak aku kene jugak make up sikit2 g keje..sebab tuntutan keje memerlukan aku utk nmpak cantik n ceria...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 12:07 PM | Show all posts
alah mekap sikit2 jew bg tutup jerawat, boh gloss cikit jerww
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:17 PM | Show all posts
natural larr cantek....mekap2 dah nmpak lain dah.....x original
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 12:47 PM | Show all posts
tak pandai mekap..pakai bedak pixy je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049744 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list