CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33017|Reply: 246

[BEST]Air

[Copy link]
Post time 21-8-2013 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum, Nas budak baru kat sini, nak bercerita pun tak pandai sangat. Since ni pengalaman orang terdekat dengan diri sendiri, in shaa allah Nas akan cerita dengan penuh penghayatan. Okay fine, skema Sesiapa yang nak share cerita pun dipersilakan, cuma ni pasal air tau, tak kisah la bilik air ke mata air ke, semua yang berkaitan air, semua boleh.
Last edited by medangmru on 5-11-2013 03:59 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 12:29 PM | Show all posts
Mana ceritanya dik..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 12:36 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-8-2013 12:29 PM
Mana ceritanya dik..?

Tengah berusaha nak taip kak
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:36 PM | Show all posts
ciknas posted on 21-8-2013 12:36 PM
Tengah berusaha nak taip kak

Ok..will be waiting for it then..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:39 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-8-2013 12:29 PM
Mana ceritanya dik..?

ceritey nyey udah dihanyutin air gitu. TT, bercandey ajey yey? ngee~~
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:40 PM | Show all posts
waiting......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2013 12:41 PM | Show all posts
Austris posted on 21-8-2013 12:39 PM
ceritey nyey udah dihanyutin air gitu. TT, bercandey ajey yey? ngee~~

Dia kata tgh mengarang cerita..
So sabarin ya..

Ha kamu aus..lama ghaib..?kikyou pun lama dh ilang..xde story baru eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:47 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-8-2013 12:41 PM
Dia kata tgh mengarang cerita..
So sabarin ya..

kikyou memang slalu menghilang. aku je ada duk depan lappy ni. melayan board gosip. hahahaha

**citer baru ek? nanti den pikir nak tulis ape.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 12:51 PM | Show all posts
Austris posted on 21-8-2013 12:47 PM
kikyou memang slalu menghilang. aku je ada duk depan lappy ni. melayan board gosip. hahahaha

** ...

Aku pun dh ingat2 lupo dh kisah korang dua beradik ni
Yg aku ingat pasai makrifat tu jah..

Makrifat ni slalunya pasai tarekat kan?
Tarekat ape eh yg korang follow..
Kat nismilan ni tarekat ahmadiah, bwh bekas mufti dl yg top..(dn yg aku tahula..sbb baik dgn family depa..)
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lmbt lg ke tt citenye
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:54 PM | Show all posts
ciknas posted on 21-8-2013 12:36 PM
Tengah berusaha nak taip kak

HAHA chaiyok2
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:55 PM | Show all posts
MissDoraisamy posted on 21-8-2013 12:52 PM
lmbt lg ke tt citenye

masuk hari ni dah 3 hari TT jambatan gantung titian lintang  mengarang. mesti dia tertidur tu. keletihan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 12:58 PM | Show all posts
Sufeenan posted on 21-8-2013 12:51 PM
Aku pun dh ingat2 lupo dh kisah korang dua beradik ni
Yg aku ingat pasai makrifat tu jah..

wei ni tread org. nanti cheq bukak tread cheq kita borak sana naa? hahah << aku guna ikon ni, pasai lawa sangat. tiada kena mengena antara yg nampak atau yg tak nampak. boleh? hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 01:02 PM | Show all posts
Austris posted on 21-8-2013 12:58 PM
wei ni tread org. nanti cheq bukak tread cheq kita borak sana naa? hahah

Opsss..sowi tuan tapak..
Lama nau nunggu cerita..x kua2..tu yg tersembang...:p


Haaa..bukala umah ko aus..then jgn lupa ajak na..laju2 jerk ku pi sana nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 01:03 PM | Show all posts
Austris posted on 21-8-2013 12:58 PM
wei ni tread org. nanti cheq bukak tread cheq kita borak sana naa? hahah

Mmg ku tak nampak ikon tu..merry christmas eh..?

Rabun brgkali..:p
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 01:08 PM | Show all posts
emangnya thread ini udah dihanyutin air ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tingat statement sorg artis berkaitan petua jaga kecantikan.minum air suam i jek katanyer.hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 01:37 PM | Show all posts
Ni pengalaman bapa sedara yang paling rapat.

aku = paksu TT
kakngah = mak TT
achik = makcik TT
mak @ maktok = nenek TT
Nas = TT

Dekat Kedah memang selalu banjir. Dekat rumah aku pulak kalau dah banjir tu, kalau tak hapus kepala tak sah. Kalau orang lain banjir boleh je berenang seronok-seronok. Kalau dekat rumah aku tu, jangan kata nak berenang, bot penyelamat nak masuk pun susah.

Cuba bayangkan dengan air yang kuat, berpusar-pusar, dekat dengan sungai pulak tu. Sekali masuk konfem tak boleh keluar.

Memang tiap-tiap kali banjir, aku dengan family aku akan angkat semua barang-barang waktu subuh tu lagi. Memang tak kan ada yang tidur. Kalau yang tidur pun anak-anak sedara aku tu.

Nak dijadikan cerita, kali ni punya banjir tak macam tahun-tahun sebelum ni. Air naik sangatlah slow. Bila dah naik pun slow, aktiviti angkat barang pun dislowkan. Macam tak kisah je.

Aku terlupa anak sedara aku ada kelas tambahan, maklumlah dia nak UPSR. "Sape pulak nak tolong angkat barang? Adik-adik dia mesti sibuk nak selamatkan barang mainan diorang dulu. Ingat lagi waktu banjir sebelum ni. Barang-barang penting tak diselamatkan, alih-alih batu seremban pulak yang selamat. Stress aku."

Kakak aku pulak sibuk je bukak kedai, kononnya nak habiskan barang. Seminggu sebelum tu, dia sibuk restock barang. Mana sempat habis. Tambah lagi satu beban --'

Tengah hari tu anak sedara aku balik. Dia kemas barang-barang yang nak bawak ke sekolah. Nanti petang, aku nak hantar mak dengan anak sedara ke sekolah. Biar diorang selamat dulu.

Aku pelik betul dengan kali ni, air slow sangat. Hmm..Pelik sungguh. Dulu-dulu tak macam ni. Kalau siam lepas air, konfem sekarang dah penuh.

Dek kelembapan bergerak, sedar tak sedar dah petang pun. Pukul 5 dah. Aku cepat-cepat bawak mak aku (maktok) dengan anak-anak sedara ke sekolah. Kurang sikit risau kalau dorang dah selamat.

*nak cakap, betapa lambatnya mengemas di sini, sebab air naik slow-slow

**********************************************************************************
Cerita di sekolah

Nak dijadikan cerita, waktu di sekolah, Nas dengan adik-adik baru sedar ada barang yang tertinggal. Waktu tu maktok kuat lagi. Umur dah cecah 50 an pun kuat lagi. Maktok decide nak balik. Air pun tak tinggi lagi. Paras betis baru. Nas pulak jaga adik-adik.

Dalam pukul 6, maktok sampai sekolah balik. Sekolah dengan rumah dekat je. Dalam 10 minit macam tu kalau berjalan.

Tengok kain maktok basah sikit tapi tak la tinggi sangat. Sekolah pulak suram je. Hmm, banyak cerita di sekolah tapi harap-harap kami tak jumpa apa-apa.

Nas tak suka tempat yang ramai orang tapi lagi tak suka kalau tempat tu tak ada orang. Langit gelap cepat sangat hari tu. Mak, makcik dengan paksu pulak datang esok. Nak angkat barang lagi kata mereka. Harap-harap air terus mengalir slow-slow. Tak la teruk sangat nak kemas rumah nanti.

************************************************************************************

Aku = paksu

Aku berjalan-jalan di luar rumah. Langit dah gelap, macam nak hujan. Tapi awal lagi. Belum maghrib pun. Air ni mungkin kekal sampai pagi esok. Sempat la nak bermalam di rumah. Esok baru gerak. Kalau esok gerak pun air mungkin baru sampai pinggang. Okay lagi tu.

Selalunya maghrib dalam pukul 7.15. Langit yang gelap semakin gelap, air yang slow berubah mendadak menjadi laju. Seolah-olah berlumba nak keluar dari sungai.

Tak sampai sepuluh minit, dari betis, air meningkat ke paha. Budak-budak kampung yang meronda-ronda tadi lesap sorang demi sorang. Bulu roma meremang sangat. Ingatkan sebab air sejuk sangat. Rupanya-rupanya benda lain nak datang. Aku cepat-cepat masuk dan naik ke atas. *rumah aku 2 tingkat*

Sempat jugak aku tunaikan kewajipan solat. Nak dijadikan cerita, kedua-dua kakak aku, uzur serentak. Pelik, sebelum ni, dua-dua masih boleh solat. Muka kakngah dah pucat. Aku syak mesti ada yang nak kacau. Achik cuba tenangkan kakngah. Sesungguhnya aku menyesal biar kakngah tinggal, sepatutnya aku hantar dia biar dia duduk di sekolah dengan mak, biar dia jaga anak-anak dia.

Cermin tingkap semua aku buka. Air yang masuk dalam rumah mencurah-curah, sekali dengar macam bunyi hujan pun ada. Aku sempat menjenguk melalui tingkap, air sudah tinggi, kalau aku di bawah, air mesti sudah mencecah dada aku.

Tiba-tiba, aku terdengar suara emak. Mak panggil aku. Aku nyaris-nyaris nak buka pintu, mujur achik melarang. Kalau fikir logik, apa mak aku nak buat dalam gelap dengan air yang kuat. Aku yang muda pun tak boleh tahan, apatah lagi mak yang dah dimakan usia.

FYI, mak bukan tinggi pun, separas bahu aku sahaja. Mesti dah tenggelam kalau dia datang. Pintu tadi aku kunci. Aku cuba hiraukan gangguan yang datang. Suara orang menjerit, ketawa, megilai seolah-olah menjadi muzik peneman.

Tiba-tiba pintu diketuk. Semakin kuat dan semakin kuat, aku suluh ke luar, nampaknya air dah nak sampai tangga. Tombol pintu seolah-olah dipulas. Aku segera melaungkan azan dengan kuat. Serentak itu, bunyi jeritan panjang kedengaran.

Lantai yang aku pijak seolah-olah bergegar. Tak kan lah gempa bumi. Kakngah dengan achik seolah-olah kerasukan. Kedua-dua duduk berteleku di atas katil. Air mineral aku buka dan doa-doa yang aku belajar dari ayah dulu aku gunakan.

Air yang aku baca doa tadi aku percikkan kepada mereka berdua. Kakngah dan achik seolah-olah terkejut. Muka yang sangat terkejut. Sah! Kena kacau. Aku nak suruh diorang baca yasin, kedua-duanya uzur. Buntu. Jeritan masih kedengaran di luar. Masa seolah-olah bergerak sangat perlahan.

Kakngah dan achik aku arahkan supaya menekup telinga masing-masing dengan bantal. Aku suruh diorang baca ayat kursi. Hanya ayat kursi yang boleh jadi penyelamat sekarang. Aku risau pulak, takut-takut kakak-kakak aku yang dikacau. Badan mereka lemah. Kakngah pulak memang jenis lemah semangat.

Jalan nak keluar sudah tiada. Aku rasa macam duduk di tengah laut. Dipenuhi air. Air yang kuat dan berpusar.

Baru aku teringat balik, ayah pernah cakap waktu tahun 1989 ada satu banjir besar. Dia hantar aku, mak dengan yang lain duduk di sekolah. Hanya dia yang tinggal di rumah. Katanya gangguan hantu air memang sangat banyak. Suara menangis, ketawa, menjerit merupakan perkara biasa.

Lagipula kebanyakan orang yang buang 'benda' selalunya buang di sungai. Bila banjir, semua sekali diangkut ke darat.

************************************************************************************

TO BE CONTINUE

Last edited by ciknas on 21-8-2013 03:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:03 PM | Show all posts
misteri air banjir...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 02:08 PM | Show all posts
Austris posted on 21-8-2013 12:39 PM
ceritey nyey udah dihanyutin air gitu. TT, bercandey ajey yey? ngee~~

aus xnk bercerite lg ke?hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075088 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list