PELUMBA Formula Satu (F1), Daniel Ricciardo dari pasukan Toro Rosso dikatakan bakal menggantikan Mark Webber dari pasukan Red Bull.
Webber sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Red Bull, hujung musim ini.
Ricciardo bagaimanapun menafikan terdapat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
“Saya belum menandatangani sebarang perjanjian. Terlalu banyak khabar angin.
“Tetapi yang pasti tiada sebarang kata sepakat dicapai sehingga hari ini. Saya bagaimanapun perlu buktikan sesuatu bahawa saya layak berada di kerusi berkenaan,” katanya.