CAL Crutchclow muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa ketiga di Perlumbaan MotoGP di Republik Czech, semalam.
Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mencatat 1 minit 56.156 saat di hadapan Jorge Lorenzo dari Factory Racing Yamaha dengan catatan 1 minit 56.322 saat.
Tempat ketiga terpantas milik Marc Marquez dari pasukan Respol Honda dengan catatan 1 minit 56.366 saat.
Catatan tersebut menyaksikan tiada dominasi pelumba pada kesemua sesi ujian masa kali ini. Pada sesi ujian masa semalam, Stefan Bradl dari LCR Honda dan Jorge Lorenzo (Yamaha) mencatat masa terpantas.