CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22781|Reply: 138

EDISI MERDEKA

[Copy link]
Post time 29-8-2013 04:01 PM | Show all posts |Read mode


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

yang ke-56 Tahun


Sempena dengan sambutan kemerdekaan ini, board Teka-Teki dan Trivia akan mengadakan pertandingan Trivia Merdeka mulai 29 Ogos hingga 16 September 2013. Semua forumer dijemput untuk menyertai.

Syarat-syarat pertandingan :-
  • Soalan mestilah berkaitan dengan tema kemerdekaan, sejarah negara atau yang berkaitan dengannya.
  • Forumer dikehendaki mengeluarkan tiga soalan dalam satu posting. Soalan mestilah diikuti dengan tajuk Set 1, Set 2 dan seterusnya.
  • Forumer yang ingin menjawab soalan haruslah meletakkan Jawapan Set 1, Set 2 dan seterusnya. Hanya forumer yang menjawab ketiga-tiga soalan tersebut dengan tepat dan cepat diterima dan diberi kredit.
  • Hanya jika soalan set pertama dijawab dengan betul dan tepat, barulah set baharu boleh dikeluarkan. Set soalan baharu dilarang dikeluarkan sama sekali selagi set soalan yang sebelumnya masih tidak berjawab. Kelonggaran akan diberikan jika forumer berputus asa dan pemberi soalan memberikan skema jawapannya.
  • Forumer yang mengeluarkan soalan digalakkan tag mod bod untuk memberitahu bahawa set soalannya sudah dijawab dengan tepat, di samping quote jawapan forumer tersebut.
  • Forumer boleh mengeluarkan soalan sama ada dalam bentuk trivia atau bergambar.
  • Pemberian kredit :
                   Pemberi soalan   =   +15
                   Penjawab tepat  =    +30
                   Penjawab           =   +5 [hanya untuk yang menjawab set buat pertama kali]







Last edited by Eva_yy_Ellin on 29-8-2013 06:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 04:05 PM | Show all posts
Set 1

  • Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda pada 16 September 1963?
  • Apakah maksud bulan sabit berwarna kuning pada bendera kebangsaan?
  • Apakah gambaran yang diperoleh melalui lirik kebangsaan?


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 04:22 PM | Show all posts
CHECK IN
JAWAPAN SET 1

1.Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

2.Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.

3.Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakan negara-negara beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih cepat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 04:34 PM | Show all posts
Set 1

1. Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda pada 16 September 1963?
- Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

2. Apakah maksud bulan sabit berwarna kuning pada bendera kebangsaan?
- anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

3. Apakah gambaran yang diperoleh melalui lirik kebangsaan?
- menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu juga untuk memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 04:38 PM | Show all posts
alisyadania posted on 29-8-2013 04:22 PM
CHECK IN
JAWAPAN SET 1

Ada yg salah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 04:39 PM | Show all posts
Spiral posted on 29-8-2013 04:34 PM
Set 1

1. Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia ditunda pada 16 September 1963?

Betul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2013 04:39 PM | Show all posts
momod @Eva_yy_Ellin.....da ada jawapan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 04:40 PM | Show all posts
AisPrince posted on 29-8-2013 04:39 PM
momod @Eva_yy_Ellin.....da ada jawapan ke?

Sudah. Boleh beri set baharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2013 04:42 PM | Show all posts
yehh nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 04:44 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 29-8-2013 04:38 PM
Ada yg salah...

xde ke kacang separuh ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 04:44 PM | Show all posts
alisyadania posted on 29-8-2013 04:44 PM
xde ke kacang separuh ke

Tak ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 04:55 PM | Show all posts
Set 2

  • J.W.W Birch mati dibunuh oleh Seputum di Sungai Perak, Pasir Salak. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
  • Apakah yang diperjuangkan oleh Pak Sako dalam novel Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan?
  • Apakah tujuan orang Melayu menubuhkan pasukan Force 136 semasa pendudukan Jepun?


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 05:14 PM | Show all posts
I like the waving Jalur Gemilang......cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 05:16 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 29-8-2013 05:14 PM
I like the waving Jalur Gemilang......cantik...

Jawab la soalan.
Dia cakap pasal bendera pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 05:18 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 29-8-2013 05:16 PM
Jawab la soalan.
Dia cakap pasal bendera pulak...

hehe nak jawab la ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 05:21 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 29-8-2013 05:18 PM
hehe nak jawab la ni...

Boleh la Elle bagi soalan pulak lepas ni.
Susah Elle nak bagi soalan, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2013 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Set 2

1)Dato Maharaja Lela,Datuk Sagor,Siputum,Pandak Indut dihukum bunuh di Matang Perak.
   Sultan Abdullah dan Ngah Abdullah dan Raja Ismail dibuang negeri
   Dato Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan Melayu
2)Putera Gunung Tahan meniup semangat patriotisme dalam kalangan penduduk manakala Anak Mat Lela Gila menekan sikap tidak leka dengan perjuangan lebih besar
   makna kemerdekaan
3)Force 136 ditubuhkan untuk menentang jepun di tanah melayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2013 05:32 PM | Show all posts
AisPrince posted on 29-8-2013 05:30 PM
Set 2

1)Dato Maharaja Lela,Datuk Sagor,Siputum,Pandak Indut dihukum bunuh di Matang Perak.

Ada yang kurang tepat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 05:34 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 29-8-2013 05:32 PM
Ada yang kurang tepat...

mana satu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 05:38 PM | Show all posts
Set 2. Answer

  • J.W.W Birch mati dibunuh oleh Seputum di Sungai Perak, Pasir Salak. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
         Pihak Inggeris telah melancarkan perang ke atas orang Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch.
         Sultan Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles

    2.  Apakah yang diperjuangkan oleh Pak Sako dalam novel Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan?
         Menaikkan semangat nasionalisme dan patriotisme di kalangan rakyat Tanah Melayu....

   3. Apakah tujuan orang Melayu menubuhkan pasukan Force 136 semasa pendudukan Jepun?
       Mengumpul ahli sukarelawan untuk menentang penjajahan tentera Jepun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.184075 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list