View: 3143|Reply: 2
|
Raikkonen sertai Ferrari
[Copy link]
|
|
Raikkonen (kiri) ambil keputusan tinggalkan pasukan Lotus, akhir musim ini.
PASUKAN Ferrari mengumumkan pemandu Lotus Kimi Raikkonen akan menyertai pasukan itu musim depan apabila bersetuju dengan tawaran kontrak dua tahun.
Kenyataan Scuderia Ferrari menyebut, Raikkonen telah mencapai persetujuan dengan pasukan itu dan dia akan berganding dengan Fernando Alonso.
“Scuderia Ferrari mengumumkan sudah mencapai persetujuan dengan Kimi Raikkonen. Pemandu dari Finland itu akan sertai Fernando Alonso sebagai barisan pemandu kami untuk dua musim perlumbaan akan datang,” kata Ferrari dalam laman webnya.
Raikkonen sebelum ini pernah bersama Ferrari dan menjadi juara Formula Satu (F1) pada 2007.
Selepas dua tahun meninggalkan F1, Raikkonen kembali dengan menyertai pasukan Lotus mulai 2012.
“Saya amat gembira kembali semula ke Maranello di mana saya memperoleh kejayaan yang mengagumkan. Saya tidak sabar untuk memandu uji jentera Ferrari sekali lagi,” kata Raikkonen yang menggantikan Felipe Massa setelah meninggalkan Ferrari pada penghujung musim ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
dgr cerita peYno akan masuk proton utk jd driver lotus.. harap peYno berjaya capai cita2 jd pemandu F1 |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 13-9-2013 02:43 PM
dgr cerita peYno akan masuk proton utk jd driver lotus.. harap peYno berjaya capai cita2 jd pemandu ...
hi adam..ap khabar ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|