|
KIMI Raikkonen akan kembali menyertai pasukan Ferrari menggantikan Felipe Massa dan menjadikan pasukan Formula Satu itu lebih hebat dengan gandingan mantap bersama Fernando Alonso.
“Scuderia Ferrari mengumumkan persetujuan dengan Kimi Raikkonen, The Finn akan menyertai Fernando Alonso untuk dua musim perlumbaan akan datang,’’ kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
Kimi Raikkonen, dilihat di sini selepas memenangi Grand Prix Australia pada Mac, akan kembali bersama Ferrari musim depan, di mana sebelum ini beliau pernah memenangi Formula Satu pada 2007.
Perpindahan tersebut dibuat selepas Massa mengumumkan beliau akan meninggalkan Ferrari selepas perlumbaan akhir tujuh musim ini.
Sebelum ini, pelumba pasukan Lotus berusia 33 itu, beberapa kali dikaitkan akan kembali menyertai Ferrari.
Beliau menyertai Ferrari 2007 hingga 2009 dan kemenangan beliau pada 2007 merupakan kali terakhir pemandu Ferrari memenangi kejohanan tersebut.
“Saya mengalu-alukan keputusan Kimi untuk kembali bersama Scuderia yang pernah membawa kemenangan kepada beliau. Dia amat gembira untuk kembali ke Maranello dan berazam melakukan yang terbaik untuk pasukan ini,” kata ketua pasukan Ferrari, Stefano Domenicali.
|
|