|
DANIEL Ricciardo memutuskan menyertai Red Bull musim depan dan meninggalkan pasukan lamanya, Toro Rosso, akhir tahun ini.
Namun, Ricciardo dijangka berdepan tekanan tinggi daripada Red Bull dalam usaha mencapai kejayaan disasarkan pihak pengurusan.
Awal September lalu, Red Bull memulakan pencarian memburu pemandu baru menggantikan Mark Webber dan Ricciardo berjaya mengisi slot tersebut.
Pelumba McLaren, Sergio Perez meramalkan Ricciardo akan menghadapi tekanan tinggi kerana menyertai pasukan besar.
"Saya harap pelumba Australia itu siap siaga untuk capai kejayaan terbaik. Tekanan pasti bertambah, cuma saya mahu dia tumpu 100 peratus jika ingin berjaya," katanya.
|
|