Rossi (kiri) dan Lorenzo bakal guna jentera YZR-M1 musim depan.
PELUMBA Yamaha, Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi berkesempatan menguji jentera YZR-M1 semasa sesi percubaan di Litar Misano, Isnin lalu.
Begitu pun, kedua-duanya tewas kepada pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yang muncul penunggang terpantas pada sesi berkenaan.
"Kami juga menguji aspek enjin bagi saingan 2014 dan cukup berpuas hati," kata Lorenzo.
Manakala Rossi mengakui beliau menemui apa dikehendakinya selama ini walaupun ada sedikit kekurangan.
"Saya bakal gunakan jentera tersebut untuk tahun depan. Ia satu pandu uji yang bagus," katanya.
Sementara itu, pengarah pasukan, Massimo Meregalli berkata, sesi latihan itu bertujuan menguji sistem jentera enjin bagi pertandingan musim depan.
|