CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4122|Reply: 3

Pasaraya Sabasun mungkin ditutup

[Copy link]
Post time 3-12-2013 11:24 AM | Show all posts |Read mode


Tindakan kerajaan negeri Terengganu yang dilihat cuba menghancurkan rangkaian pasaraya tempatan, Sabasun Hyperruncit mendapat tentangan rakyat negeri itu sehingga menjadi perbincangan hangat.
Ia bukan sahaja menjadi topik perbincangan di kedai kopi, masjid serta surau, malah menjadi hanya dalam media sosial di kalangan anak Terengganu dan ahli perniagaan Melayu.
18 tahun lalu, ketika ekonomi negara tidak berapa baik, sepasang suami isteri yang baru pulang dari belajar di luar negara menyahut seruan kerajaan untuk bekerja sendiri dengan menjadi usahawan.


Selepas bekerja keras melalui syarikat mereka, Sabasun, singkatan perkataan 'sabar sungguh', mereka berjaya mempunyai dua pasaraya di Kuala Terengganu, Sabasun 1 di Bukit Kecil dan Sabasun 2 di Wakaf Tembesu dan kini mempunyai kira-kira 550 pekerja yang semuanya adalah rakyat tempatan.
Namun, kini syarikat milik penuh Bumiputera dan sangat berdaya maju itu mengalami dilema.




Sabasun 1 tidak mendapat CF manakala Sabasun 2 pula sedang cuba dihancurkan oleh kerajaan negeri sendiri untuk memberikan laluan  kepada konglomerat pasaraya antarabangsa masuk ke kawasan itu.
Pemiliknya, Che Salmi Che Ibrahim, berkata mereka tidak kisah terpaksa bersaing tetapi usaha untuk menutup pasaraya mereka sangat tidak boleh diterima.
Katanya, Sabasun dibuka pada 1995 dengan hanya kedai runcit dua pintu sebelum mereka mengusahakan sebuah bangunan baru di sebelah kedai berkenaan pada 1999 hingga sekarang yang dikenali sebagai Sabasun 1 di Bukit Kecil.




Berikutan tindakan kerajaan menutup tempat letak kenderaan di jalan utama, mereka mengusahakan tanah paya di belakang kedai untuk dijadikan lot letak kenderaan dengan menyewa tanah itu daripada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.
Pada 2007, pengusahanya mula mencari tapak baru dan memilih Wakaf Tembesu iaitu di sekitar kawasan perindustrian Gong Badak dan pada ketika itu, tapak berkenaan hanya kawasan paya dan gelap.




"Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini.  Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat bandar baru Perkasa Alam. Tanah kami ini akan diberi kepada orang asing untuk dibangunkan," cerita Salmi.
The Malaysian Insider diberitahu, surat terakhir daripada Dewan Bandaraya Kuala Terengganu (DBKT) memaklumkan, permohonan dan cadangan Sabasun untuk membangunkan tanah mereka secara komprehensif itu ditolak.
Alasan yang diberikan melalui surat bertarikh 6 Jun 2013 itu ialah kerajaan negeri mahu membangunkan bandar baru Perkasa Alam bersaiz 378 ekar, termasuk 10 ekar milik Sabasun itu.
Salmi bagaimanapun tidak berputus asa dan menghantar satu lagi surat rayuan terus kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (Upen) pada 24 September lalu.
"Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan menang sorak, kampung tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri.
"Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakukan apa-apa pada hari ini," kata Che Salmi dalam satu wawancara dengan sebuah laman web tempatan, Buletinonline.



Perjuangan Che Salmi dan pekerjanya kini mendapat sokongan NGO tempatan, Gerakan Anak Terengganu Insaf atau singkatannya Ganti.


Che Salmi...Sabasun jadi tumpuan penduduk setempat kerana harganya kompetitif.





Presidennya, Ahmad Amzad Hashim, berkata pihaknya sedang berusaha untuk membantu Sabasun dalam menjaga kepentingan usahawan tempatan.
"Bagi saya Sabasun adalah simbol betapa sukarnya perjuangan anak tempatan untuk bangun dalam perniagaan. Bukan sahaja mereka terpaksa berdepan dengan pesaing yang dibawa dari luar bahkan kerajaan negeri sendiri," katanya kepada The Malaysian Insider.
Amzat berkata, Sabasun menjadi tumpuan kepada pengguna tempatan untuk membeli barangan keperluan harian mereka kerana harganya kompetatif dan pengurusannya yang cekap.



Kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk merobohkan Pasar Payang untuk memberikan laluan kepada pembinaan pasaraya moden serta hotel dan kondominium di situ.


Sehubungan itu, nasib peniaga di pasar tradisi itu tidak menentu dan keadaan sama menimpa peniaga di Pasar Cabang Tiga juga apabila pasar itu juga mahu dirobohkan.
Bagi menghadapi semua cabaran ini, Amzat dan rakan-rakannya akan menganjurkan satu konvensyen pembangunan usahawan di Kuala Terengganu awal tahun depan.
"Kita akan jemput semua pihak yang terlibat untuk membincangkan isu ini secara terbuka," katanya. – 2 Disember, 2013.

Last edited by ambok on 3-12-2013 11:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2013 03:38 PM | Show all posts
Simpati saya untuk Sabasun dan anak2 tempatan yg terlibat.

Pelik... Pelik benar. Kenapa nak bangunkan tempat yang telah maju. Tempat itu maju pun sebab mereka yang berniaga di situ dan dah ada disitu sejak berzaman.

Kalau ya pun nak bagi laluan kat orang lain atau nak majukan negeri banyak lagi tanah2 di Terengganu tu yang boleh buka/bangun.

Harap Sabasun dan NGO GANTI berjuang habis habisan untuk meraih keadilan. Kami doakan dari jauh tapi dekat dihati.


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ikut sebelum ni, ni cara mbkt bela melayu...tempat meniaga dah elok dia gi roboh...bg tempat meniaga yg lg "besar"..elok la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:23 AM | Show all posts
sekarang dah makin ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046199 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list