Bantuan: Saya Dengan ikhlas mohon Petua Menghalang Benda Halus Masuk Rumah
Andaikata ada seseorang kerap menghantar benda halus
ke rumah seperti rakaman di bawah,petua apa yang paling
berkesan untuk menghalang dan mematahkannya.
Mohon maaf, cuma tahu copy link YoTube.
Sila layari, Sekian,Terima kasih.
Tak bolih lihat melalui mata kasar.
Dah tanya pakar,ni bukan pergerakan serangga.
Post time 15-12-2013 02:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bukan suluhan lampu touchlght ke????hheeheheee..byk petua2 nk menghalang ganguan sihir, cara islam ada, cara org melayu lama2, cara kapir punye pun ade..mana yg nk..????
Hhhhahahhahaaa... Last edited by mnSK on 15-12-2013 02:40 PM
mcm cahaua lampu suluh ker..kunang2 ker...
buat "pendinding/pagar rumah"..sendiri buat ataupun panggil la ustaz yg pandai dlm bab2 ni
rajin2 la baca al-quran/baca yasin dan berzikir...
paling simple yg aku tau selepas solat isyak/subuh baca..doa nabi yunus sebanyak 5 kali...ini utk mengelakkan sihir..
Allah yg lebih berkuasa...
SUPERBOSS1 posted on 15-12-2013 04:39 PM
Ha~ benda tu muncul hampir 15 minit.
kalu bolih ,minta yg mudah,cara taradisilah gitu~
TK~
apa maksudnya cara tradisi ..tt bukan org melayu/islam ker..
setahu aku kalau utk menghalau benda2 halus ni guna ayat al quran dgn cara panggil ustaz atau sesiapa yg pakar dlm hal ni selain dari kita sendiri rajin membaca alquran/baca yasin dan berzikir
selain dr itu cara tradisi mcam mana lak.. x tahu la
SUPERBOSS1 posted on 15-12-2013 06:27 PM
Maaf, lupa nak habaq, saya orang Tionghua.
Maksud tradisi tu, macam tabur tabur garam, tahi besi ...
oooo maaf la..
x tahu secara tradisi mcm mana..
maybe tt cuba panggil org2 kuil/tokong yg tahu cara2 utk menghalau nya..
selalu dngar dr ckp2 org..dia org pun pandai jugak dlm hal2 ni..
specially yg dr siam tu......saya pun xpasti 100%...cuma dngar dr cakap2 org jerk..
jahatnya org yg macam tu...tak habih habih nak musnah kan orang....TT, harap awak carilah org yg pandai yg dapat halang benda tu dari masuk rumah, hati hati jugak dengan apa yg awak makan atau minum .... kalau lemah memang senang la benda benda tu nak buat hal...
kalau awak dah mula bergaduh tak tentu fasal dalam rumah dgn isteri atau suami dan anak anak ...dan awak dah mula dapat mimpi takut takut, itu tandanya ....awak mungkin dah kena...
mamaezah posted on 15-12-2013 10:06 PM
Oooo ni org cina.,,.emm kesian kat dia. Tak tau nak kata pa @Adiya hg bley tulung ka
bab petua2 ni teman tak arif sangat...tak dapat nak membantu banyak...even ada sekali pun, tetap berkisar dalam amalan Islam.. jadi agak sukar untuk TT ikut..
mungkin boleh cuba kaedah tanam pokok2 berduri terutamanya pokok limau, boleh jugak guna garam seperti mana yang TT khabarkan sebelom ini.. tahi besi rasanya kurang berkesan kerana ianya terhasil dari tindak balas diantara besi dengan api..
Lupa pulak, tanah pun boleh digunakan.. cuci keliling rumah dengan air tanah 1 kali cucian dan kemudian bilas air tanah tu sampai hilang kesan tanah tadi..kalau rumah yang dah diduduki, cukup sekadar diluar rumah sahaja..andai TT ada membela anjing, keraplah kena cuci kawasan rumah dengan air tanah ni..kalau tak ada bela, mungkin hanya perlu sekali sahaja (kalau rajin, seminggu sekali pun canteeekkkk).
oh ye, 1 lagi baru teringat... bela ikan dalam rumah..apa2 jenis ikan pun tak kisah...kalau ikan tu mati, cepat2 ganti yang baru..selalunya kalau kes hantar2 ni, ikan yang dibela selalu mati...jangan bela kelisa, mungkin ianya dianggap ong bagi kaum cina tapi dalam keilmuan lain ianya mengundang makhluk yang tak diingini..1 lagi sebab mahal beno..kalau mati kan ke rugi... . bela la ikan dalam kadar yang banyak. jgn le bele sekor jer..bela dalam 4,5 ekor.
pokok2 tumpangan kalau boleh dielakkan dalam kawasan rumah...kan ke sekarang ni orang minat nak buat taman mini kat kawasan rumah???asalnya cantik, last2 udah rope hutan mini pulak..segala pokok2 hutan ditanamnya..so kalau boleh, elakkan pokok2 tumpangan ni.
itu saja kot buat masa ni..kalau ada ter ingat lagi, teman up kat sini.
mamaezah posted on 16-12-2013 09:17 AM
jahatnya org yg macam tu...tak habih habih nak musnah kan orang....TT, harap awak carilah org yg pan ...
Mmg betul, sebab dah diasak sekian lama, sedikit sebanyak saya tau mmg saya ni dah kena.
Mujur hari tu ada sami yang dtg dari Thailand bagi ceramah agama, sempat minta
bantuan, dan selepas tu mata saya dah bolih buka seperti biasa bukan macam sebelum
tu asyik nak tidur. Sebelum ni, mmg ada gangguan di telinga, dengar macam macam
,seperti orang memanggil,bercakap dan sebagainya.
Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Last edited by SUPERBOSS1 on 16-12-2013 04:46 PM
Adiya posted on 16-12-2013 10:05 AM
bab petua2 ni teman tak arif sangat...tak dapat nak membantu banyak...even ada sekali pun, tetap b ...
Ha~ kelakar kawan ni , dalam serius tu sempat buat lawak.
Sebenarnya. saya ada letak barang barang tertentu di bawah awning,
sebab itu dapat menghalang kemasukan benda tu ke dalam rumah,
namun saya bimbang lama kelamaan, pendinding tu dapat ditembusi.
Demi keselamatan keluarga, lebih elok saya menguatkan pendinding
dengan apa cara sekali pun asalkan bukan menggunakan kuasa
atau kaedah yang dilarang agama seperti membalas dengan ilmu hitam
dan sebagainya.
Petua ya diberikan aneh tapi pasti ada sebabnya, saya akan cuma nanti.
Terima kasih atas pertolongan.
SUPERBOSS1 posted on 15-12-2013 04:39 PM
Ha~ benda tu muncul hampir 15 minit.
kalu bolih ,minta yg mudah,cara taradisilah gitu~
TK~
kalau petua2 ikut cara islam banyak la...
tp saya takot kalau bg... dengan tuhan2, dewa2(mengikut kepercayaan agama awak la) sekali tak dapat masuk...
kalau petua cara org tua2/melayu lama... mcm yg forumer Adiya terangkan la..
lebih kurang mcm tue petua yg aku tau..paling baik bela ikan..terutama ikan puyu..
ATAU PUN awak cari kayu koka.. rasenye awak boleh google apa itu kayu koka dan kegunaannya..
tp hati2 jgn terbeli yg tipu punya.. banyak org2 jual kayu koka tipu punye...
untuk cara kafir/hitam punye... tak perlu la kot..
pasal saya pun tak pernah buat tp pernah belajar kekdahnya masa zaman2 gila silat dulu...
menggunakan bantuan jinn/mahkluk halus jugak... mungkin benda yg dihantar tue tak dpt masuk...tp, benda lain lak yg datang...
KELAK menyusahkan awak sekeluarga juga... pasal ade persembahan sajian nk kena bg...
dlm agama islam jatuh syirik/kafir jika seseorg muslim itu melakukannya..
TT sekadar berkongsi petua. Bukan berniat apa apa.
Saya pernah dengar sapu rumah guna penyapu dari masjid.
Tapi dalam konteks TT boleh guna penyapu tokong.
Cuma beli penyapu baru, pergi tokong tukarkan aja dengan penyapi tokong tu.
Insya allah kalau ada keberkatannya boleh menolong sikit sikit.