View: 2317|Reply: 0
|
Cara menggayakan kot secara kasual
[Copy link]
|
|
Walaupun pada asalnya, kot adalah untuk lelaki, namun peredaran zaman membuatkan trend ini berkembang sehingga wanita pun boleh memakainya. Kini, bermacam-macam jenis kot yang mempunyai stail dan warna pelbagai telah direka. Ia bukan sahaja boleh digayakan secara formal, kini dengan rekaan dan fabrik yang pelbagai anda boleh juga menggayakannya secara kasual. Lihat tips di bawah untuk cara menggayakannya.
Pilih kot
Sebelum kita membincangkan tentang tips menggayakan dengan lebih mendalam, mari kita berbincang tentang pemilihan kot yang betul. Pilih kot yang sesuai dengan bentuk badan anda dan jangan takut untuk mengubahsuai kot itu mengikut keselesaan anda. Jika anda ingin tampak berani, anda boleh memilih kot yang mempunyai warna terang serta corak.
Gayakan dengan 'dress' atau tshirt bercorak grafik
Kami suka menggayakan kot bersama 'dress', tapi kot dengan skirt? Ia nampak lebih kepada ingin ke pejabat betul tak? 'Dress' boleh menampakan gaya segar si pemakai, dan tshirt bercorak grafik pula menunjukkan gaya kasual dan keremajaan. Remaja lelaki ramai menggayakan kot bersama tshirt bercorak grafik dan kami sukakannya! Kini, perempuan juga boleh meniru gaya tersebut. Cuma,anda perlu berhati-hati dalam pemilihan antara kot dan juga pasangannya. Jika anda memilih kot yang bercorak agak berat pastikan baju di dalamnya bercorak sedikit mendatar.
Aksesori rambut
Untuk aksesori, adalah lebih sesuai untuk menggayakan dengan aksesori rambut kerana jika anda menggayakan dengan rantai, sudah tentu ia tersembunyi di sebalik kot. Kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis aksesori rambut, antaranya gegelung bunga (Flower Crown). Atau jika anda ingin bergaya sedikit kelelakian, anda boleh mengenakan topi.
Apa jenis kasut pun boleh
Tiada halangan untuk anda bergaya kerana kot sesuai dengan apa jenis kasut sekalipun. Cuma disarankan untuk anda menggayakan kasut bertutup penuh. Anda akan nampak kasual tetapi sofistikated.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|