|
Salam. Aku bercadang nak sambung buat PhD lpas aku abeskan master aku bulan 8 ni. Tapi aku bercadang nak buat secara part time jek.
Aku nak buat PhD part time sebab aku taknak ada risiko kena pindah negeri lain kalo buat PhD full time. Besenye kat tempat keje aku memang gitu. Apply tajaan, dapat cuti belajar bergaji penuh, buat phd 3 tahun, tamat jek phd kena start keje kat tempat/negeri lain pulak. Tak dpt dah tempat keje asal.
Aku nak stay kat tempat keje yg sama sebab bini aku pun keje sini. Maka aku taknak berhadapan ngan isu weekend husband. Penat nak ulang alik. And takde kesudahan. Pendek kate aku nak life aku bersama-sama ngan family aku, quality time with family, bukan bejauhan semata nak kejar keje and duit.
Maka aku nak tanya sape2 yg ada pengetahuan atau pengalaman dlm buat PhD secara part time nih. Sebab aku tak nampak mcm mana caranya. Berapa tahun? Same ke proses ngan buat phd fulltime? Dah try google tapi mcm tak byk info. Harap korang dapat berkongsi pendapat and pengalaman korang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak da pengalaman tapi baru jer semalam professor aku nasihatkan aku and kawan aku untuk buat part-time phd since ktorg baru jer habis master and start balik kerja next month... Tapi dia xda ler terus suruh register... Dia cakap, untuk permulaan banyakkan dulu bacaan2x jurnal tentang topic of interest... the best thing is to continue from the work yang u dah buat masa master level... find the gap and then discuss dgn supervisor... untk phd, basically u are at yr own and the concept is to improve the practice. Then may be along the way tu boleh buat proposal, some pilot study etc... tapi u have to register dgn universiti yang ko nak buat ler supaya ko focus and commit to it... other than that, it should be the same dgn full-time cuma tempoh conduct research to maybe longer sbb buat pun part-time kan... smlm professor aku cakap, if buat part-time sampai 6 thn pun boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum aku komen lebih-lebih nak tanya ko nak buat bidang apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
skang keja kat private or government? |
|
|
|
|
|
|
|
Identify dulu universiti mana nak buat PhD dan course apa. Kebiasaannya di Malaysia ni pelajar PhD perlu lengkapkan sejumlah kredit tertentu untuk coursework (contohnya 12 kredit minimum katakan) dan semester2 seterusnya adalah melengkapkan atau menyiapkan thesis. Kelas untuk postgraduate kebiasaanya dibuat lepas pukul 6 petang mengambilkira ada pelajar yg bekerja dan habis kerja pukul 5 petang. Tapi ada juga yg mula sebelum 5 petang dan itu kena arrange la dengan majikan bagi mereka yg tak dapat cuti belajar. Sebab tu kena pilih dulu universiti mana dan course apa, baru mudah nak merancang. Lain universiti lain pula aturannya.
Buat thesis tak perlu datang universiti tiap hari. Ada keperluan, datang la berjumpa dengan supervisor, pergi library ke atau ada keperluan tertentu. Berapa lama nak habis PhD tu sendiri yang tentukan. Kalau dapat siapkan research cepat, cepat la habis.
|
|
|
|
|
|
|
|
seeriesagain posted on 6-2-2014 08:39 PM
Tak da pengalaman tapi baru jer semalam professor aku nasihatkan aku and kawan aku untuk buat part- ...
6 tahun eh? agak lama gak tu..
Untuk PhD, aku ingat taknak pakai tajuk yang aku guna skang ni untuk master aku. sebab tajuk tu macam tak memberi impact yang sigificant kepada organisasi aku. alang2 nak buat PhD, aku rase better guna tajuk yang betul2 mampu contribute kepada organisasi aku kan? baru senang nak dapat loan.. ahaha
Lagipun aku pun lebih berminat ngan tajuk baru aku tu 'Teacher Cognition'. Tajuk lame 'Extensive Reading' |
|
|
|
|
|
|
|
cepheid posted on 6-2-2014 09:11 PM
Sebelum aku komen lebih-lebih nak tanya ko nak buat bidang apa?
Aku nak buat bidang TESL. master aku pun skang ni TESL.
|
|
|
|
|
|
|
|
azahan posted on 6-2-2014 09:41 PM
skang keja kat private or government?
Aku keje skang ni badan berkanun. Kalo buat PhD fulltime bleh cuba dapatkan cuti belajar bergaji penuh (CBBP). tapi aku rase better buat part time jek
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayabad posted on 7-2-2014 01:17 AM
Identify dulu universiti mana nak buat PhD dan course apa. Kebiasaannya di Malaysia ni pelajar PhD p ...
Maksudnya ada 1-2 sem untuk coursework la yek? hmm.. aku ada dengar gak pasal coursework tu.. kawan aku kata tu kelas untuk research methodology..
kalau ada coursework kena cari Universiti yang tak jauh sangat la
|
|
|
|
|
|
|
|
KarTell posted on 7-2-2014 07:31 AM
Aku nak buat bidang TESL. master aku pun skang ni TESL.
TESL ok je. Sebenarnya bila buat PhD ni tak de istilah part-time. Semua full time je. Cuma ko tak de lah kena datang office hari-hari melainkan SV memang nak tengok muka hari-hari. Ko boleh je buat kerja di rumah dan kena disiplinkan diri supaya dapat habis dalam jangkamasa yg ko target tu. Bila buat PhD, berapa lama tempoh pengajian tu bergantung pada diri sendiri. SV selalunya bukannya ambil pot sangat pun. Cuma ko kena pastikan buat perjumpaan dengan SV setiap minggu supaya kerja jalan. Kalau ko senyap je SV pun senyap jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
KarTell posted on 7-2-2014 07:29 AM
6 tahun eh? agak lama gak tu..
Untuk PhD, aku ingat taknak pakai tajuk yang aku guna skang ni u ...
Contribution pada organisasi atau pada amalan tu satu hal. Tapi yang lebih utama adalah contribution pada theory atau bidang yang dikaji itu sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
KarTell posted on 7-2-2014 07:35 AM
Maksudnya ada 1-2 sem untuk coursework la yek? hmm.. aku ada dengar gak pasal coursework tu.. kawa ...
Subjek n how many credit hrs depends on uni. How many sems u take for coursework depends on how fast ur brain cells can work. Uni ade max sems depending on part time or full time.
Ur topic sounds very vague at the moment. Cer identify ur obj, formulate ur rqs n cari the key figure in ur area yg u nk adopt. Then, pegi pinang potential supervisor. Bring a summarised version of ur proposal if possible. Kalo dah dpt sv, then senang sket. Jgn lupa, ape ur contribution.
Nak buat part time .... please be aware u will take a longer time compared to full time students. Be prepared to work independently. Beza masters ngan phd nmpk mcm one step je on paper, but in reality, it is more like a huge leap of faith.
Good luck, have fun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih pada pandangan semua |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|