Assalamualaikum wbt..
Seperti mane yg kita selalu dgr, bila sebut je pasal yakjuj makjuj, secara automatiknya kita akn berfikir ia merupakan suatu makhluk ALLAH SWT yg akan memusnahkan kita.
Pernahkah anda terbaca atau melihat video yang berkaitan dengan APAKAH YAKJUJ & MAKJUJ? Bermula dgn FB lah sy melihat suatu video yg menceritakan psl ini. kemudian, ade pula blognya.
Menurut seorang hamba ALLAH yg telah mengkaji berdasarkan al-quran dan hadis, beliau mengatakan bahawa yakjuj makjuj merupakan gunung berapi. Berserta itu, beliau telah menyertakan hasil kajiannya.
Yakjuj & Makjuj bermaksud sejenis elemen gunung berapi yang merosakkan permukaan Bumi. Dalam ilmu vulkanologi, elemen ini dikenali sebagai lava.Lava gunung berapi mempunyai dua sifat utama iaitu : - 1.Menyala dan membakar.
- 2.Bergerak seperti gelombang.
ا – ج = يأجوج = nyalaan م – ج = مأجوج = gelombang
Perkataan di atas merupakan huruf akar bg yakjuj dan makjuj.
Dalam dua ayat Al-Quran berikut, kita diberi beri amaran bagaimana Tuhan menunjukkan Jahanam (nama sejenis neraka) kepada golongan kafir melalui bencana Yakjuj & Makjuj dan ia akan turun dengan arus deras dari setiap tempat tinggi.
“Pada hari itu Kami biarkan ia menyerbu satu sama lain dan apabila trompet dibunyikan dan Kami mengumpulkan ia berkumpul-kumpul. Dan pada hari itu Kami menunjukkan Jahanam kepada golongan kafir yang berpaling dengan jelas.” (18 : 99-100)
“Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan ia turun dari setiap tebing tinggi.”(21 : 96)
Perkataan ‘jahanam’ merupakan salah satu daripada istilah neraka di dalam Al-Quran. Seperti yang kita semua percaya, neraka adalah sebuah tempat yang penuh kesengsaraan sebagai balasan kepada golongan yang kafir. Hampir semua kepercayaan dalam dunia ini termasuk Islam mengambarkan neraka sebagai sebuah tempat yang dipenuhi api. Di sinilah hujah saya untuk mengatakan bencana Yakjuj & Makjuj akan menjadikan Bumi sebagai sebuah planet baru yang disebut Al-Quran sebagai Api ( نار ). Penterjemah Al-Quran bahasa Melayu menterjemahkan perkataan نار sebagai ‘neraka’. Berikut ialah beberapa ayat Al-Quran yang menyebut tentang Api ( نار ) atau jika dibaca dalam Al-Quran terjemahan bahasa Melayu ditulis sebagai ‘neraka’.
“Api Tuhan yang dinyalakan….."(104 : 6)
“Api yang menyala dan membakar.”(101 : 11)
“Orang-orang kafir daripada ahli Kitab dan orang-orang yang syirik berada di dalam Api Jahanam – di dalamnya tinggal selama-lamanya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluk.”( 98 : 6)
“Maka Aku beri amaran kepada kamu dengan Api yang menyala-nyala.”(92 : 14)
“Dan orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami mereka itulah penghuni-penghuni Api - di dalamnya tinggal selama-lamanya, satu kepulangan yang buruk.”(64 : 10 )
Ada lagi beberapa kajiannya.
Al-Quran dan hadis sahih memberi bayangan bahawa Yakjuj & Makjuj akan muncul dari bawah tanah di seluruh dunia dengan kuantiti yang banyak seperti air laut dan membawa manusia masuk ke dalam neraka. Ini adalah pemahaman lama dan jika kita berani mengkaji semula perkara ini dari sudut vulkanologi, saya percaya ramai di kalangan orang Melayu Islam akan bersetuju dengan pendapat saya iaitu : - Bumi Akan Menjadi Planet Gunung Berapi !!!
Wallahualam. Anda boleh melihat sendiri di
http://yakjujdanmakjuj.com/blog/bumi-akan-menjadi-planet-gunung-berapi-1/#sthash.wwbnlqdC.dpbs
APE PENDAPAT ANDA?
Last edited by medangmru on 2-3-2014 09:17 AM
|