|
Satu pagi isnin di sebuah sekolah rendah. Cikgu Aisyah memasuki darjah 6S untuk mula mengajar.
Cikgu Aisyah: 'Ok murid2, sebelum cikgu mengajar ada pengumuman. Siapa yang ada kehilangan duit yang banyak pagi ni sila mengaku'
Seperti kebiasaan kacang hantu atau hero sekolah mendapat idea bernas.
Sulaeman: 'Saya cikgu' (Yes...Yes... Kalau dapat duit ni boleh belanja Siti Sifir makan KFC) kata dia dalam hati.
Cikgu Aisyah: 'Ok, Sulaeman jumpa cikgu di bilik guru lepas waktu sekolah'
Selepas waktu persekolahan, tanpa berlengah Sulaeman terus merempit ke bilik guru untuk berjumpa cikgu Aisyah.
Sulaeman: 'Cikgu mana duit saya yang tercicir pagi tadi' Kata Sulaeman sambil terkinja2 keriangan.
Cikgu Aisyah: 'Sabar dulu, cikgu nak soal siasat dulu. Betul ke ni duit kamu, sampai satu beg penuh duit, cikgu jumpa depan pagar sekolah'
Sambil cikgu Aisyah mengangkat beg berisi duit ke atas meja.
Sulaeman hampir pitam sebaik melihat beg itu, selalunya bila balik kampung je tengok beg besar cenggitu disumbat dengan kain baju.
Sulaeman: 'Ye... ye... ye.. cikgu. Bapak saya tercicir masa menghantar saya ke sekolah pagi tadi'
Cikgu Aisyah: 'Tapi cikgu curios nak tau. Nak buat apa duit ni banyak2?
Sulaeman: 'Biasa cikgu, murid contoh macam saya ni nak beli kelengkapan sekolah'
Cikgu Aisyah: 'Err.... tapi duit ni bukan untuk dunia kita kan...'
Sulaeman: 'Saya ngakkk mengerti...
Cikgu Aisyah: 'Ni duit cina mati, nak bagi kat orang yang dunianya kat sana tu'
Sulaeman: 'Erk... Tidakkkk... Punah harapanku...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|