CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 0

Manfaat minyak oregano pada tubuh badan

[Copy link]
Post time 20-2-2014 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Minyak Oregano mempunyai sifat antibiotik yang ketara. Minyak oregano telah diproses daripada bunga dan daun pokok oregano, boleh menjadi salah satu antibiotik semulajadi yang paling kuat. Ini kerana minyak semula jadi dan serba boleh ini boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk membantu mempertahankan badan anda daripada jangkitan oleh bakteria berbahaya. Berikut merupakan cara-cara kreatif untuk kekal sihat dengan menggunakan minyak oregano yang semula jadi ini.

Bagaimana ia bekerja:Minyak oregano mengandungi sebatian yang dikenali sebagai 'carvacrol', yang bagus untuk membantu memecahkan membran sel luar yang membantu melindungi bakteria daripada sistem imun. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak oregano adalah berkesan untuk membunuh bakteria, dan juga boleh membantu sistem imun bekerja mengatasi terhadap virus, kulat dan parasit.

Bagaimana untuk menggunakannya: Sanitizer minyak oregano – Oleh sebab minyak oregano sangat kuat, anda perlu mencairkannya. Campurkan 10 titis minyak oregano bersama dua sudu besar minyak kelapa. Sapukan pada kulit tangan anda sebagai sanitizer tangan semula jadi. Walaupun ia mungkin kelihatan berkilat pada mulanya, namun ia sangat berkhasiat ia juga boleh membantu menyuburkan kulit anda dan memastikan tangan anda lembut dan licin.

Sesi pengewapan: Bakteria berbahaya boleh mendiami sistem pernafasan anda dan mewujudkan masalah. Untuk membantu sistem imun anda melawan jangkitan pernafasan, letakkan satu setitik minyak oregano ke dalam satu mangkuk air yang telah dipanaskan. Letakkan tuala longgar di atas kepala anda dan stimkan sekali sehari.

Rawatan untuk kulit anda: Disebabkan kebaikannya yang anti-bakteria dan anti -radang, beberapa pakar telah menyokong penggunaan minyak oregano untuk merawat keadaan kulit seperti jerawat dan 'rosacea'. Campurkan jumlah yang sama minyak oregano dan zaitun atau minyak kelapa dan sapukan pada kawasan masalah anda dengan kapas sebelum anda tidur. Dinasihatkan tidak menggunakannya secara langsung pada mana-mana kulit yang luka.

Menggunakannya untuk memberus gigi anda: Minyak oregano juga mengandungi 'thymol', iaitu sejenis bahan yang digunakan dalam pelbagai ubat kumur untuk melawan bakteria, plak dan nafas berbau. Cuba tambahkan beberapa titis minyak oregano pada berus gigi anda dengan atau tanpa ubat gigi.

Pengambilan untuk perut anda: Kajian menunjukkan bahawa oregano dan minyak oregano boleh membantu melawan jangkitan parasit dan mengurangkan cirit-birit berjangkit. Ia juga boleh menjejaskan ekosistem pencernaan dan mengubah kadar pengosongan perut. Orang dewasa berumur 18 ke atas boleh mencuba kapsul yang mengandungi 45mg minyak tulen oregano sekali sehari dengan makanan.

Namun begitu, sesiapa yang mempunyai alahan oregano tidak perlu menggunakan minyak oregano. Wanita hamil dan menyusu juga harus elakkan daripada mengambil minyak Oregano kerana ia belum diuji kesannya ke atas wanita hamil.
                                          
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list