CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3388|Reply: 7

[TEMP] Ya Allah. Kesiannya Sangat-Sangat (Gambar!)

[Copy link]
Post time 18-3-2014 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Saya mewakili keluarga En Mustafa b Husin dan Puan Rohani bt Abdullah dari Taman Tambak Paya Permai, Melaka, memohon bantuan para dermawan yang ikhlas untuk membantu merawat anak gadisnya Normuzaifah bt Mustafa yang berusia 26 tahun. Semenjak 21hb Mac 2013, Normuzaifah masih tidak sedarkan diri sehingga kini dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Semasa sihatnya, Muzaifah adalah seorang yang ceria dan mengorbankan sepenuh masanya membesarkan 3 orang anak terbuang yang berusia di antara 2 tahun, 8 tahun dan 11 tahun. Namun begitu, setelah Normuzaifah sakit dan berada di dalam keadaan koma, ketiga-tiga anak ini dijaga sepenuhnya oleh En Mustafa dan Puan Rohani sambil menjaga Normuzaifah yang sedang di dalam keadaan sakit.

Apa yang menyedihkan lagi, kedua ibu bapa Normuzaifah mengalami masalah kewangan yang sangat serius akibat dari belanja perubatan yang sangat tinggi. Ayahnya, En Mustafa adalah seorang guru sekolah rendah di Sekolah rendah Bukit Lintang, Air Molek, Melaka dan ibunya, Puan Rohani adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Akibat dari kos rawatan yang begitu tinggi, mereka tidak mampu lagi untuk membayar ansuran rumah yang mereka duduki kini yang mana kini sedang di dalam proses lelongan oleh pihak bank. Muzaifah memerlukan rawatan lebih kurang RM10,000 setiap bulan dan keluarga ini tidak mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut.

Demi sebuah kehidupan, saya sebagai mewakili keluarga En Mustafa dan Puan Rohani, memohon jasa baik saudara saudari sekelian untuk memberikan sedikit sumbangan untuk rawatan perubatan Normuzaifah di akaun Maybank En Mustafa b Husin dengan nombor akaun 104085067512. Untuk sebarang pengesahan, saudara saudari bolehlah menalipon kepada En Mustafa b Husin di talian 0187798777 dan puan Rohani di talian 01123199756. Untuk tujuan lawatan, saudara saudari bolehlah ke rumah mereka di No 8, Lorong 2, Jalan TTP3, Taman Tambak Paya Permai, 75460, Melaka.

Bantuan sebanyak RM20 sahaja pun sudah memadai. Terima kasih.



Last edited by juju_amin84 on 2-6-2014 10:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2014 03:35 AM | Show all posts
Ya Allah. Kasihannya dia. Sungguh mulia hati dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 07:55 PM | Show all posts
semoga Allah melimpahkan rezeki kepada para penyumbang dan pemberi bantuan. RM20 sudah memadai. Jazakallahu khairan kathira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2014 06:51 AM | Show all posts
Salam.... disebabkan tiada sumbangan dari mana-mana jabatan kerajaan dan pertubuhan kebajikanlah maka saya mengambil inisiatif ini untuk membantu puan Rohani untuk membantu anaknya, Normuzaifah. Mohon bantuan saudara saudari sekelian, memadai dengan bantuan RM20 saja. Jazakallahu khairan kathira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2014 08:42 AM | Show all posts
Memandangkan keluarga En Mustafa tidak langsung mendapat mana-mana bantuan dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta, jadi di sini saya merayu kepada tuan-puan untuk membantu keluarga ini. Tidak perlu banyak, RM20 sudah memadai. Terima kasih banyak-banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2014 03:50 PM | Show all posts
Di hari Jumaat yang mulia ini, mohon para dermawan sudilah kiranya membantu adik Nor yang di dalam keadaan kritikal ini. Terima kasih banyak-banyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2014 11:54 AM | Show all posts

Errr...



Takde citer pong koma sebab hapa...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 09:28 AM | Show all posts
semuga cepat sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.455839 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list