Dari Malaysia lagi saya dah plan memang nak ke sini , menaiki houseboat disini sesuatu yang dah lama saya idam-idamkan.
Sesampai kami di Kerala Great Backwater memang kami terpegun sangat. Indahnya ciptaan Tuhan.

Kerala Backwater

Aeysha diiringi oleh salah seorang personal butler menaiki houseboat..amboiii kemain lagi anak dara ni..

Houseboat yang kami naiki
Kerala Great Backwaters satu lagi tarikan yang terkenal di Kerala. Menaiki Rainbow Cruises Houseboat adalah satu penggalaman yang indah sangat. Kita boleh explore kecantikan di sepanjang Kerala Backwaters ( sepanjang terusan disana).

Pemandangan dari udara Backwater kerala India
Houseboat pada dulunya dijadikan kenderaan air untuk menghantar barang-barang atau bijiran ke sesuatu tempat melalui sungai. Musim berganti musim dan kini boat-boat tersebut telah dijadikan kenderaan mewah diatas air dan menjadi sumber tarikan tourism Kerala. Sesiapa yang datang ke Kerala memang saya suggestkan sewa houseboat untuk merasai penggalaman yang indah dan boleh sahaja menenangkan fikiran kita ketika berada dalam houseboat tersebut. Tidak complete kedatangan ke Kerala jika kita tidak menaiki houseboat ini.

Di Jetty Rainbow Cruises Houseboat , Kerala India
Rainbow Cruises Houseboat terbahagi kepada 3 katagori:
- Luxury – fully air-conditioned
- Premium – aircon disediakan dalam bilik , aircon diluar hanya dipakai bila kita request sahaja.
- Deluxe – aircon hanya dari pukul 9pm -6am sahaja.
*Makanan – breakfast , lunch , hi-tea dan dinner disediakan ( menu dia memang banyak sangat )
Saya ambil Premium tourpackage houseboat kerana saya ingin merasai berada dalamhouseboat mewah dan dilayan seperti permaisuri ketika berada dalam houseboat tersebut ( bila lagi nak rasa macam tu kan..inilah saatnya..hehehe ). Lagipun saya bawa anak jadi sesuai dengan keselesaan dan kemudahan didalam houseboat tersebut untuk anak saya.
Rainbow Cruises Houseboat telah diiktiraf oleh Department Of Tourism, Kerala. Mempunyai 25 houseboat dan marina dalam kawasan mereka sendiri.
Kami diberi 3 orang pembantu peribadi iaitu kaptain , tukang masak dan personal butler yang akan menjaga dan iringi kami sepanjang 2 hari 1 malam kami berada dalam houseboat tersebut..( wahhhhh terasa dah macam permaisuri..hehehe ) Kedatangan kami ke dalam Rainbow Cruises Houseboat pada hari pertama ini disambut dengan air kelapa muda. Selepas memperkenalkan diri masing-masing dan menunjukakan persekitaran dalam houseboat tersebut barulah kita berlepas keperairan yang dituju.

Di ruang tamu houseboat

Ruang tidur di dalam boat

Bilik air yang bersih

Rainbow Cruises Houseboat , Kerala India
Disebabkan kami check-in tengahari jadi jadi makanan kami telah disediakan awal, maknanya datang-datang terus makan..hehehe. Makanan tersebut dimasak dalam boat tersebut oleh tukang masak yang berpenggalaman. Memang sedap betul makanan yang di masak.
Sebelum kedatangan saya ke Kerala Great Backwaters saya dah request halal food , jadinya tak perlulah saya makan sayur-sayuran aje. Ayam , ikan , kambing serta sayur semua dihidangkan di atas meja. Memang tak terhabis saya makan sebab banyak sangat.
Makanan yang tak terhabis mereka tidak akan repeat untuk hidangan seterusnya, mereka akan buat baru.

Sampai-sampai aje terus dapat lunch. Saya paling suka ikan goreng Talapia dia..memang sedapppp

Aeysha dah pening nak makan yang mana satu..hehehe
Selesai makan , barulah saya boleh relax dan melihat permandangan sekeliling. Memang cantik sangat dan tak terfikir saya boleh melihat semua ini…Tenang sangat saya dalamhouseboat tersebut sampai otak pun jadi kosong. Memang sesuai sangatlah untuk mencari ketenangan disini.

Pemandangan yang mendamaikan dan menenangkan

Aeysha dah jadi penggemudi houseboat..dah jadi geng dengan kaptain..hehehe

Suka betul aeysha dapat bawa boat

Kedai-kedai yang ada di tebing terusan

Satu kemestian untuk pelancong yang datang menaiki houseboat
Kami juga beruntung dapat melihat kehidupan orang-orang yang duduk di persisiran Kerala Great Backwaters Alleppey tersebut. Melihat kedai-kedai yang ada ditebing dan dapat membeli barang-barang di kedai-kedai yang ada di tebing terusan. Sempat jugak saya buat massage di sana..hehehe
Saya juga sempat membeli udang dan ketam yang baru di tangkap dan dibawa naik ke dataran.

Rumah-rumah penduduk tempatan

Berhenti membeli belah ikan , udang , ketam untuk dinner

Berjalan-jalan di kampung mereka

Kita juga boleh menaiki boat yang disediakan tanpa bermalam
Selepas lakukan urutan dan beli barang-barang fresh food kami dibawa ke tempat boat kami akan berlabuh. Setiap boat ada tempat untuk berlabuh dalam pukul 6pm kerana memberi laluan kepada nelayan untuk keluar menangkap ikan. Disini kami akan diberi minuman petang. Minuman petang kami ialah goreng pisang dan masala tea.
Rainbow Cruises Houseboat ada tempat mereka sendiri untuk berlabuh. Tapi disini memang kami tidak digalakkan untuk turun ke daratan. Kami akan berada dalam houseboat sepanjang malam sehingga ke pagi. Aktiviti memang tak ada , hanya melepak. Kalau kita nak fishing, cakap aje dengan butler mereka akan siapkan alat-alat untuk fishing.

Disinilah tempat kami berhenti bermalam untuk memberi laluan kepada nelayan memancing

Indahnya permandangan di waktu senja

Wahhh wahhhh…hehehe
Sementara kami melihat-lihat pemandangan sekeliling dan houseboat yang lain berlabuh , tukang masak kami akan masak mengikut menu yang tersedia campur yang kami beli di hentian sebelum ini. Bermakna dinner untuk malam ini akan penuh satu meja…fuhhhh

Sawah padi yang luas terbentang di Alleppey
Waktu malam di sini memang sunyi sepi. Disebabkan tak ada apa-apa aktiviti lepas makan lepak sambil borak-borak sekejap lepas tu apa lagi terus tidur.

Dinner yang penuh satu meja, sampai tak habis , suruh crew houseboat tolong habiskan..
Awal pagi kami dihidangkan sarapan pagi , macam-macam ada..penuh satu meja. Asyik makan aje lah kerja saya atas houseboat , tapi saya memang enjoy makan makanan mereka.
Tapi sebelum bersarapan sempat lagi kami cuci mata melihat para crew boat mandi manda dan terjun kedalam air..seronok sungguh mereka mandi macam tu

Sempat tengok cara crew houseboat mandi

Ini sarapan pagi kami yang disediakan
Dalam pukul 9 kami bertolak semula ke Jetty Rainbow Cruises untuk check-out.
Terimakasih juga saya ucapkan kepada 3 Crew Rainbow Cruises yang melayan kami sepanjang kami menaiki houseboat tersebut. Kami beruntung diberi layanan yang istimewa oleh ketiga-tiga mereka.

Bersama 3 orang crew yang menjaga kami sepanjang perjalanan menaiki houseboat
Penggalaman saya menaiki Rainbow Cruises Houseboat di Kerala Great Backwaters ini tak akan saya lupakan dalam sejarah penggembaraan saya di Kerala India. Entah bila lah saya akan merasa lagi macam ni tak tahu lah…