View: 2219|Reply: 2
|
Variasi fesyen riadah Nashata
[Copy link]
|
|

Variasi fesyen riadah Nashata
SEIRING perubahan semasa, fesyen untuk beriadah juga menjadi salah satu keperluan yang begitu mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
Elemen-elemen kerohanian menjadi fokus utama seperti blaus yang longgar, labuh, dan menutup aurat melengkapkan lagi ciri-ciri wanita Muslimah untuk bebas beriadah.
Membicarakan soal pakaian wanita untuk riadah, koleksi Nashata adalah salah satu gedung jualan dalam talian (online) yang popular ketika ini.
Diusahakan wanita yang berjiwa besar dalam perniagaan, jenama Nashata semakin diterima baik kalangan masyarakat lebih-lebih lagi golongan yang aktif dalam lapangan sukan.
Pengasasnya, Eliza Noordin, 39, berkata, Nashata adalah jenama yang cuba memahami keperluan wanita terutama yang bergiat aktif dalam beriadah.
“Produk kami terbahagi kepada dua kategori utama iaitu ultra dan riada. Untuk produk ultra, ianya terbahagi kepada lima jenis pakaian sukan yang sesuai dipakai untuk pertandingan dan aktiviti larian yang berjarak 20 kilometer (km), separuh larian marathon. Produk riada ianya sesuai dipakai untuk riadah dan larian sehingga ke 10 km sahaja. Perbezaan yang ketara adalah dari segi fabrik dan juga reka bentuknya,”jelas Eliza.
Selain itu, jenis fabrik yang digunakan adalah spandex yang boleh diregang dan dibawa mandi kerana jenis kainnya sangat ringan dan mudah kering.
“Kami begitu teliti untuk keselesaan wanita muslim, justeru, untuk rekaan t-shirt kami sediakan lubang di hujung kedua-dua belah lengan untuk menyangkut ibu jari ke dalamnya agar lengan tidak terangkat sekali gus dapat menutup aurat dengan sebaiknya,”katanya.
Tambahnya, dalam mengekalkan imej Muslimah terkini dan trendy, Nashata tampil dengan blaus riadah peplum. Ia sesuai untuk aktiviti riadah biasa dan kegunaan seharian. Rekaan ini sesuai untuk semua jenis bentuk badan terutama mereka yang berbentuk pear.
“Peplum ini dengan gabungan color blocking di bahagian tepi memberi satu persembahan yang unik dengan menjadikan si pemakai kelihatan langsing. Rekaan ini tersedia dalam dua warna pilihan iaitu pink dan unggu,”katanya.
Pereka dalaman jenama Nashata, Ida Kamalawati Abu Bakar, 39, berkata, selain blaus, Nashata juga tampil dengan koleksi tudung bagi melengkapkan lagi penampilan.
“Kami sedaya upaya ingin memberi keselesaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dan rekaan tudung ini begitu sesuai untuk mereka beriadah dan terlibat dalam pelbagai aktiviti sama ada lasak dan santai,” katanya.
“Koleksi Amin Hijab tersedia dalam satu saiz dan membesar mengikut jenis raut wajah anda. Sesui untuk pelari maraton dan ia terletak, memudahkan pelari tanpa perlu rimas memikirkan soal tudung ketika berlari. Penyediaannnya cukup rumit, hampir enam bulan kami bereksperimen untuk menyiapkan rekaan ini,”jelasnya yang mesra di sapa Ida.
Selain koleksi itu, variasi tudung juga terdapat pada koleksi Iman hijab. Tersedia dalam saiz besar dan terlebih besar dengan warna-warna baru yang menarik seperti grey-fuschia dan juga grey-black. Warna grey-orange, grey-green dan juga grey-turqoise juga terdapat pada saiz besar dan lebih besar (extra large). Labuh tudung dan panjang menutupi bahagian dada. Penambah baikkan pada bahagian ‘band’ yang kelihatan seperti cekak.
Jelas Eliza, setiap rekaan Nashata yang original akan mempunyai corak logo pantulan bunga Nashata di bahagian kiri bawah baju memberikan keserian dan identiti kepada produk itu.
“Kami juga mementingkan jahitan dan kekemasan, semua produk ultra product menggunakan kaedah 4 needle 6 threads flatlock yang kuat dengan jaminan kekal lama,”katanya.
Tawar 12 produk
Eliza berkata, pada ketika ini, Nashata mempromosikan 12 produk. Beberapa produk lain juga mempunyai kehebatan tersendiri adalah seluar panjang jenis polister, dengan potongan lurus (straight cut) dan tersedia dalam warna hitam sahaja dengan saiz S hingga XXL.
“Kami juga menyediakan bra sport dalam saiz besar menggunakan fabrik polister spandex. Lebih menarik, bahagian cup boleh ditanggalkan dan bahagian luarnya menggunakan fabrik buluh dengan ketahanan antibakteria,”katanya.
Selain itu, bagi melengkapkan penampilan, Nashata juga menyediakan sarung tangan dengan pelbagai pilihan warna, dan seluar skirt mampatan.
“Tersedia dalam warna pink dan hitam, skirt pants ini sesuai untuk ahli sukan yang aktiviti riadahnya lebih 10 kilometer,”katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka ngan idea ni...tp nape nampak cam baju renang I  |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|