Assalamualaikum..
Aku sebenarnya dah taip panjang2 tadi siap nak publishthread je, entah kenape teruih hilang.. tension aku, dah panjang2 cite, terushilang, bukan sekali tapi dua kali kot! Tension. Kurang pahala aku sebabmemaki,ceyt. So,aku taip awal2 kat words, nnti copy kat forum balik
Aku selama ni hanyalah SR, and adalah beberapa kali komensana sini and then menghilang. Memandangkan aku tgh bosan skrg, ditambah lagidengan internet yang maha laju kat kampong aku ni ( kampong wifi 1 Malaysia lakatekan)., so aku pun merajinkan diri menulis beberapa cite angker dan seramyang pernah aku alami selama 25 tahun aku hidup kat bumi Allah ni. Untuk info,aku berasal dari Sabah, so kalau tak paham tu, buah2 paham saja la bahhhh.
Untuk memudahkan readers faham timeline cite aku, akubahagikan cite kepade beberapa subtopic gitu.
(A (A) - Kisah yang berlaku kat kampong aku (especiallyrumah parent) (B) (B) – Kisah yang berlaku masa tinggal kat estet (masa tinggal dengan kakak) (C) (C) – Kisah yang berlaku zaman sekolah ( (D) – Kisah yang berlaku masa zaman uni ( termasoklah rumah sewa) (E) (E) – Kisah masa koje/menganggur
Sebagai contoh :Story 1(A) Hantu Nafas - Maksudnyekisah tu berlaku kat kampong aku. Gitu la citenye.
Aku tak berapa reti sgt nak menulis cite2 seram ni, tapi akuusahakan. Klu cite aku tak berape nak seram, maaf dipinta, nak buat macamane,tu je cite yg penah berlaku dalam hidup aku.
p/s: Aku tak penah jumpa hantu face to face directly,. Yang palingteruk pun Nampak byg je, tpi klu face to face memang tak penah
.........
Story 1: (B) ‘Kakak' bagi salam
Aku rasa ramai yg pernah alami cite mcm ni.so cite ni agak membosankan,anggap la aku tak reti nak menulis cite dengan baik.
Pada tahun 1995-1998, aku pernah tinggal di sebuah ladangkelapa sawit ( estet) yang boleh dikatakan agak fames jugaklah bgi sape2 ygkeje dalam industri kelapa sawit ni memandangkan estet ni antara estet flagshipla klu kat Sabah. It is among a few estates yang ada golf club sendiri. Kat ladangkelapa sawit ada padang golf bhai!
Kakak aku merupakan seorang guru dan baru ditugaskn di estettu dalam 1995. Pada 1995, aku dah start tinggal dgn kakak aku since nenek akumeninggal dalam tahun tu juga. Tahun 1996, akhirnya kakak aku pun berkahwin dgnsalah sorang guru kat estet tu jugak. Pada masa tu, kakak aku juga mengambilsorang lagi abg aku untuk dijaga. Sebelum kahwin, aku dan kakak tinggal di kuaters guru (rumah bujang guru2pompuan). Ye aku tinggal dgn a bunch of single ladies semasa berusia 6 tahun(1995).
Selepas berkahwin (1996- aku darjah 1),, kakak and abg iparaku diberikan sebuah rumah di perkampungan pekerja memandangkan pada masa tu,kuaters guru full. So, kena tinggal kat situ for the time being.
Aku masih ingat lagi keadaan rumah, kaler hijau tuam, rumahpaling hujung, tepi tu tanah lapang penuh dgn lalang tinggi, kat depan adajalan raya, seberang jalan raya ada buah koko. ( heaven wehh, sebab bila maindgn budak2 lain, kitorang slalu curi buah koko and makan isi dia, sedap kot!,masa tu naïve lagi). So tinggallah aku, abg aku, kakak aku and abg ipar aku.
Aku harap korang faham setakat ini. Dah panjang benomukaddimahnya.
OK. Masa tu kakak and abg ipar aku bru nak menapak ,dua2 brukeje, so masa tu diorang pakai moto je. So, selalu lah aku dgn abg akuditinggalkan di rumah bile diorang balik rumah mak or rumah mertua kejap (rumahmak and rumah mak mertua kakak tak jauh sgt, dlm 30 minit je dari estet ni). Sosejak kecil lagi kakak aku dah ajar aku jadi independent. Masa tu aku tahun 1and abg aku tahun 5. So, one fine day, lepas mengaji ( abg ipar aku tersangatlahmementingkan agama, johan mengaji seluruh sabah kot), abg ipar and kakak akupegi rumah mak aku masa tu. So diorang tinggalkan kitorang bedua kat rumah. Lgpunkitorang dah biasa kene tinggal, so takde masalah. Lgpun selalunya bila diorangkluar, diorang akan balik malam tu jugak.
Aku masih ingat lg, time tu aku dgn abg aku tgh tgk cite katunke ape kat tv3., suddenly, tengah syok2 tgk tv, aku dengar org bgi salam daripintu dapur. ‘Assalamualaikum, man (bukan nama panggilan sebenar aku), bukakpintu ni bah, kakak sampai sudahhh”. Siyes aku yakin tu suara kakak aku.
Aku pun bgtau la kat abg aku yg kakak aku dah sampai. So,kitorang pegi dapur bukak pintu, and guess what, takde orang! Tapi seriouslymasa tu naïve gila and tak takut apapun, siap pegi tgk depan rumah, takde orgkot. Lepas tu trus masuk rumah balk. Dlam rumah tu bru perasan, kalau kakak and abg ipar aku dahsampai, mesti ada bunyi motor kan? Apesal la aku bengap sgt masa tu. Tapi siyestak takut sgt, sebab masa tu budak lagi. Lepas tu kitorang terus tido katblilik.
Dijadikan cite, rupanya kakak and abg ipar aku terpaksa tidokat tangga depan rmah sbab takde bukakan pintu masa diorang sampai, lgpunkitorang kunci dri dalam rumah.
Tu la kali pertama aku mengalami pengalaman seram.
Last edited by Shazmiey on 20-7-2014 05:55 PM
|