CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 4

Diskaun doa

[Copy link]
Post time 9-8-2014 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Winston, Amerika Syarikat: Berdoalah untuk mendapat diskaun.

Sebuah restoran di North Carolina menawarkan potongan harga kepada setiap pelanggan yang berdoa di depan orang ramai sebelum menjamah makan masing-masing. Pemilik bersama Mary’s Gourmet Diner di Winston-Salem, Mary Hanglind memberitahu media, pelayan kedainya akan memberi potongan 15 peratus ke atas bil pelanggan jika mereka menunjukkan kesyukuran sebelum makan.


Kata Mary, diskaun itu diberi tanpa mengambil kira kepercayaan atau pegangan agama pelanggan. “Asalkan mereka meluangkan sedikit masa berterima kasih kepada Tuhan atas rezeki diberikan, kami menghargainya.

“Saya berbesar hati melihat seseorang menghargai makanan yang kami hidangkan,” katanya.


Mary berkata, pendirian restoran itu dikuatkuasakan sejak empat tahun lalu tetapi ia tidak pernah diiklankan sebelumnya.


“Kami tidak pernah memberitahu pelanggan mereka akan dapat diskaun jika menunjukkan kesyukuran. Kami tidak pernah mempromosikannya, cukuplah sekadar mencatatkannya dalam resit,” katanya.

Diskaun kerana doa itu berterusan selama ini dengan hanya sebilangan kecil pelanggan menyedarinya.


Bagaimanapun ia tersebar kepada umum apabila sebuah stesen radio Kristian menyiarkan bukti resit dalam Facebook minggu lalu dan mendapat 9,000 Like serta komen positif.

Namun seperti biasa kritikan dan komen negatif juga muncul.


Ramai juga pengguna Facebook membanjiri akaun restoran Mary mengutuk mereka kononnya bersikap diskriminasi terhadap pelanggan yang tidak mempunyai sebarang kepercayaan agama.


“Cuba jelaskan bagaimana untuk membezakan sama ada orang itu bermeditasi atau sekadar mengambil masa sejenak sebelum mula makan? Tidak mungkin kamu boleh mengagak apa yang ada dalam fikiran seseorang malah ramai juga yang berdoa dalam diam-diam tanpa menunjukkan sebarang perlakuan,” tulis seorang pengkritik.


Mary menegaskan sekali lagi potongan harga tidak diberikan hanya kepada pelanggan Kristian yang menunjukkan mereka berdoa.


“Tidak kiralah apapun kepercayaan kamu atau cara kamu berdoa, saya sekadar suka bila orang menghargai pemberian Tuhan kerana pernah hidup di negara miskin yang sentiasa kekurangan makanan,” katanya. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 11:08 PM | Show all posts
Sayangnya berapa ramai orang islam yang masih mengamalkan doa sebelum makan.  Sesetengahnya nak baca bismillah pun boleh terlupa bila dah nampak makanan yang menyelerakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa posted on 9-8-2014 11:08 PM
Sayangnya berapa ramai orang islam yang masih mengamalkan doa sebelum makan.  Sesetengahnya nak baca ...

Renung renungkan lah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 02:41 AM | Show all posts
dimulakan dgn bismillah...
disudahi dgn alhamdulillah..
begitulah sehari dlm hidup kita..
mudah2an diberkati Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2014 10:07 AM | Show all posts
Makan sendiri pun kadang2 terlupa nak berdoa inikan pula depan orang ramai.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.208199 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list