View: 3334|Reply: 15
|
Remaja tembak mati ibu bapa kerana dikongkong
[Copy link]
|
|

CALLENS (kiri) dan isterinya, Elena yang mati selepas ditembak oleh anaknya sendiri di rumah mereka di Texas pada Isnin lalu.
HOUSTON - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di mahkamah di negeri Texas kelmarin kerana membunuh ibu bapanya dengan sepucuk raifal pada Isnin lalu, lapor portal MailOnline kelmarin.
Remaja itu yang tidak didedahkan identitinya hadir di mahkamah di Frisco dengan memakai baju penjara berwarna oren dan kedua-dua tangan serta kakinya digari.
Suspek berdepan tuduhan membunuh bapanya, Ryan Callens, 48, dan ibunya, Maria Elena, 49, di kediaman mereka pada pagi Isnin lalu.
Menurut laporan akhbar The Dallas Morning News, remaja itu dipercayai membunuh ibu bapanya selepas tertekan kerana terlalu dikongkong oleh keluarganya.
Pegawai polis yang memasuki rumah keluarga itu menemui mayat kedua-dua mangsa terbaring di dalam rumah dengan kesan tembakan di kepala dan tangan.
Turut ditemui selaras raifal yang digunakan untuk membunuh kedua-dua mangsa.
Menurut jirannya, kehidupan remaja itu dikongkong oleh keluarganya sehinggakan dia tidak dibenarkan meminum minuman soda, tidak dibenarkan melayari internet dan menonton filem ganas.
- Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti selalu kena gelak dengan kawan2 sebab tak dapat apa yang mereka dapat sampai sanggup membunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh tengok cita ganas, last2 dia sendiri jadi ganazz.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang mudah erk nak guna senapang...?
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab x minum air soda la tu, kurang vitamin .... tu yg x betol fikirannya... takat x dapat tgk wrestling kira ok lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak dapat minum soda pon nak membunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni duduk la diam2 dlm penjara
parents pon xde nak melawat
jaga bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang kau dikokong dalam penjara, siapa pulak yg kau nak tembak? Mamat ni mesti tertekan diejek member, iye lah.. minum soda pun tak boleh... Mau tak digelakkan member2.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak-anak ni kongkong salah tak koongkong pun salah jugaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin terlalu tertekan diketawakan oleh rakan..biasala jiwa remaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
znuyul posted on 14-8-2014 04:02 PM 
mungkin terlalu tertekan diketawakan oleh rakan..biasala jiwa remaja..
REmaja biasa lah suka bebas, tak suka di kongkong...dia rasa dia lah yang paling hebat, orang lain semuanya tak boleh lawan diaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
ko yg sibuk menghabiskan reta mak bapak ko, ko x kira lak tekanan dorg..  |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah ada xperience la dgn org mcm ni.
kat universiti nak pegi pasar malam sebelah pagar pun kena call mak ayah dulu mintak kebenaran, kalau mak ayah x kasi, dia x pergi. pernah dia pegi senyap2 pastu tetiba mak dia call, mak dia dgr suara bising2 kat pasar malam, terus mak dia mengamuk marah. mlm tu jugak mak ayah dia dtg marah dia kat kolej. bnyk lg la benda yg mak ayah dia kongkong, ntah ape2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|