View: 3129|Reply: 14
|
1.7kg kokain dalam payudara
[Copy link]
|
|
Madrid: Seorang wanita ditahan di lapangan terbang bandar raya ini selepas mengaku menyembunyikan dadah bernilai £70,000 (RM369,000) dalam payudaranya.
Wanita warga Venezuela berusia 43 tahun itu menggunakan dua beg plastik mengandungi 1.7 kilogram kokain sebagai implan payu dara untuk memperdaya kastam di lapangan terbang di ibu negara Sepanyol ini.
Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas.
Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa pada bagasinya.
Wanita itu baru saja tiba dengan penerbangan dari Bogota, Colombia apabila pegawai menahannya kerana curiga dengan tingkah lakunya ketika berada di kaunter kastam.
Walaupun tidak ada apa yang ditemui dalam bagasinya, pegawai mengarahkannya menjalani pemeriksaan tubuh.

DUA implan payudara
Langkah pegawai wanita yang meraba suspek mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada payudaranya.
Dia serta-merta mengaku membawa implan kokain, menurut kenyataan polis Sepanyol.
Wanita itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk mengeluarkan implan dari kedua-dua payudaranya, mengandungi kokain seberat 1.7 kilogram.
Polis Sepanyol melakukan pemeriksaan ketat terhadap penumpang yang tiba dengan ‘penerbangan panas’ dari Amerika Latin. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
"Dia mulanya ditahan pegawai kastam kerana kelihatan cemas."
Bukan sebab anjing hidu, bukan sebab terbocor plastik sikit....aduhai.
Kemungkinan besar orang baik yg baru nak buat jahat, terpaksa keldai dadah le kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kalau dah buat salah mesti nampak cemas senang kantoi |
|
|
|
|
|
|
|
Haha. Pengunjung amerika latin awal awal lagi dipandang dengan rasa curiga |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan betapa besar saiz payu dara dia dengan implan 1.7kg........ |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish cam mana lah boleh bawak seberat tu...
berani mati betul  |
|
|
|
|
|
|
|
shuk_one posted on 18-8-2014 11:24 AM 
ish ish cam mana lah boleh bawak seberat tu...
berani mati betul
RAsanya orang buat implan payu dara pun mungkin seberat itu juga kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
ikat pakai getah kuning biase jek..haiisshhh....
|
|
|
|
|
|
|
|
ye la kan main ikat ikat macmtu je |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 cara nak jual dadah... |
|
|
|
|
|
|
|
biasa tgk rancangan locked up abroad.....kebanyakannya kes kaldai dadah la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|