View: 3415|Reply: 19
|
Rancang miliki 1,000 anak tumpang
[Copy link]
|
|
Bangkok: Seorang lelaki warga Jepun yang disyaki menjadi bapa kepada sekurang-kurangnya 15 anak tumpang di Thailand merancang untuk menjadi bapa seramai 1,000 kanak-kanak lagi.
Mitsutoki Shigeta, 24, berkata, dia mahu menghasilkan antara 100 dan 1,000 kanak-kanak, menurut seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan yang menyediakan khidmat ibu tumpang di Thailand dan beberapa negara lain.
“Perkara paling baik yang boleh saya lakukan untuk dunia ini ialah meninggalkan seberapa ramai anak,” kata Mariam Kukunashvili dari Rangkaian Kehidupan Baru Global, memetik kata-kata Shigeta.
Menurut Mariam, dia enggan memperkenalkan Shigeta kepada lebih ramai ibu tumpang, sebaliknya melaporkan rancangan lelaki itu kepada kedutaan Jepun dan Interpol, lapor akhbar The Japan Times.
Polis Thai mula menyiasat Shigeta selepas bukti menunjukkan dia membawa keluar tiga bayi dari negara itu tahun lalu.
Penyiasat berkata, ujian DNA mengesahkan sembilan bayi yang ditemui di sebuah kondominium di Thailand minggu lalu juga dilahirkan mengguna spermanya.
Rangkaian Kehidupan Baru Global menyediakan khidmat ibu tumpang di Thailand, Georgia dan beberapa negara lain.
Mariam mengesahkan, pertubuhan itu memperkenalkan dua ibu tumpang kepada Shigeta.
Mereka melahirkan tiga anak, termasuk sepasang kembar, tahun lalu.
Mariam kemudian mendapat tahu lelaki Jepun itu cuba menghasilkan tiga lagi anak di tempat lain pada masa yang sama.
Menurut Mariam, dia tidak pernah menemui Shigeta, tetapi lelaki itu memberitahu pertubuhannya yang dia mahu mempunyai 10 hingga 15 anak setahun, lapor The Japan Times.
|
|
|
|
|
|
|
|
SApe yang nak bagi sara hidup anak tumpangan dia nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
melambak2 sperma heols eh
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia posted on 18-8-2014 02:06 PM 
melambak2 sperma heols eh
DAripada membazir sperma tu baik di jadikan hasil (anak).....
Orang kira banyak yang membazir sperma di tandas tandas.....
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh..
macam2 la rupe anak die nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nampak macam Jepun sangat pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kos rasa hidup macam mana tak terfikir ke dek dia |
|
|
|
|
|
|
|
cmne ngn kos sara hdup anak2 tu ngn spnjg kehamilan ibu tumpang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja dia cuma memberi sperma je ke??   |
|
|
|
|
|
|
|
Nnti terkawin adik beradik |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak sedekah lah tuh kan |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat sedekah sperma semudah sedekah darah ke? adehla... habis rosak keturunan nanti. tgk muka baby2 tu memang dah iras2 antara satu sama lain.. masing2 dari ibu berbeza... kang terkahwin... pastu berpenyakit pelik lak nanti. dah mcm sumbang mahram |
|
|
|
|
|
|
|
umur baru 24... dah ada 15 anak di thailand SAHAJA... di negara lain tak tau lagi.... Umur panjang lagi nak bagi cukup 1000....
adoyai...macam2 orang jepun ni..pelik2 semua dari negara diorang |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ne. simpanan hari tua.. nati bila anak2 dia da besau panjang.. banyak duit leh pau dari anak..
goyang kaki je dok rumah  |
|
|
|
|
|
|
|
comel pulak baby yang dia dukung tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|