View: 6065|Reply: 42
|
Kahwin anjing buang sial
[Copy link]
|
|
New Delhi: Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.
Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.
Seorang pemandu membawa anjing liar dinamakan Sheru itu ke majlis berkenaan sebelum disambut meriah tetamu yang hadir.
Mangli yang tidak pernah bersekolah mengakui sedih terpaksa berkahwin dengan anjing itu, namun bersedia melakukan pengorbanan demi mengubah nasib dan masa depannya.

“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.
“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.
Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.
“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.
Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.
“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.
Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.
Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.
“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.
Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
kesian...main ngn anjing ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sian anjing jugak jadi mangsa adat istiadat. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buang bodoh macammana pula |
|
|
|
|
|
|
|
bila sel otak tidak berhubung.. otak diletak d kepala lutut |
|
|
|
|
|
|
|
Satu kampung tu patut buat upacara buang bangang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kepercayaan dan amalan yang mereka amalkan sejak dulu lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
india ni mcm2..
nasib kt mesia ni x dak lagi jumpa spisis ni..
law x jenuh  |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha mcm2 hal  |
|
|
|
|
|
|
|
Hanjing lain mesti jeless.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anjing dapat title "Suami"   |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buang sial, kawin ngan hanj.
Kalau nak buang bengap, nak buat macam mana?
Kena kawin dengan apa?
Kena makan apa?
-_______________________-'' |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pengantin lelaki muka blur |
|
|
|
|
|
|
|
putih pengantin pompuan. mesti penduduk kg yg berkulit gelap jeles n buat fitnah yg dia ni ada nasib malang |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la buat doggy style...  |
|
|
|
|
|
|
|
eswarya rai dulu kawin dgn pokok pisang dulu baru kawin dgn abhi. |
|
|
|
|
|
|
|
senyum nakal anjing tu...hehe 
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak2...tp tu la da kepercayaannye cenggitu kn |
|
|
|
|
|
|
| |
|