View: 93736|Reply: 9
|
Tips untuk bakar kek dengan cantik
[Copy link]
|
|
Salam,
saya selalu kagum tengok orang buat kek, cantik je bila bakar. Takde kesan hangit pun, elok putih/cerah je bahagian luar/bawah kek.
Kalau buat kek cheese tu mmg saya faham, payah nak gelap & akan moist sebab alas dengan air (double boiling ke aper ntah..). kalau kek kukus tu lg laa cantik..
Tapi untuk kek chiffon atau apa jua jenis kek yang perlu dibakar, bagaimana nak dapatkan hasil kek yg marvelous. Jeles sungguh tengok.. heheh..
Adakah :
1. jenis oven yg digunakan - gas / elektrik / brand etc
2. tahap kepanasan yg sesuai
3. jenis pan
4. alas dengan grease paper ke?
5. api atas shj/ bawah shj/ atas-bawah/ & guna kipas / tanpa kipas ?
6. kedudukan tray - tengah2 oven/ bawah sket/ atau atas?
atau mmg dah tak reti tu tak reti jugekkk! hehhe...
mohon bantuan para chef yg bijaksana...
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK TAK MENJADI, APA PUNCANYA...
=======================
Setiap kali kita ingin membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk mendapatkan kek idaman anda, untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.Semoga dapat kita praktikkan dengan lebih berkesan cara-cara untuk menghasilkan kek yang sempurna.
Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.
Puncanya :- Kek anda belum masak betul.
Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.
Kerak yang bergula pada keliling kek.
Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.
Terdapat tompok-tompok putih pada permukaan kek.
Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.
Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat
Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.
Kek berderai bila dipotong.
Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.
Kek melekat pada loyong pembakar.
Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.
*Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.
Kek naik kemudian retak di tengah permukaan.
Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.
Keliling kek keras.
Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja.
Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
Puncanya :-Kek telah dibakar pada suhu oven yang terlalu panas.
Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah.
Puncanya :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.
Warna yang tidak serata pada permukaan kek.
Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.
Kek naik tidak serata.
Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.
Kek yang telah dibakar berlubang.
Puncanya :- Adunan mentega dan gula tidak dipukul sehingga kembang atau suhu oven terlalu panas.
Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.
Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.
Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.
Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna
Buah-buahan tenggelam pada dasar kek.
Puncanya :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna.
Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul.
Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum.
Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.
Bahagian tengah kek masih rasa mentah.
Puncanya :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak.
Dasar kek hangus.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar.
Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.
Kek merekah diatas pada permukaan.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Puncanya :-Kekurangan cecair.Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.
Kek tidak rata pada permukaan.
Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.
Kek tenggelam pada bahagian tengah.
Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri.
Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna.
Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.
Kek yang Mendap di Tengahnya
Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat
Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.
Kek Terlalu Lembap dan Leper
Puncanya :-Terlampau banyak cecair.
Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.
Adunan kek ,Mentega menjadi bergumpal
- Adunan mentega yang bergumpal mungkin disebabkan telur dan mentega yang tidak berada pada suhu bilik.- Ataupun telur telah dimasukkan terlalu cepat bila adunan mentega dan gula belum dipukul sehingga kembang dan sebati.
- Anda mungkin menggunakan telur yang besar.- Jika anda menggunakan adunan mentega yang bergumpal kek yang bakal dihasilkan akan berderai bila dipotong.
Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna
Tompok putih pada permukaan kek
Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.
Kek tenggelam sewaktu dibakar.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.
Kek berkedut dan kecut selepas membakar.
Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.
Kek liat dan mampat
Puncanya :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.
Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah.
Kek berkerak pada bahagian luar
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.
Kek tenggelam pada bahagian tengah
Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.
Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan.
Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.
Kek span naik terlalu cepat.
Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.
Kek span tidak masak dengan sempurna.
Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.
Ok inilah tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya.
Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek
YUKKK.practice make perfect...
kredit to:mixernadia.blogspot Last edited by znuyul on 11-9-2014 02:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks znuyul!
tapi biasanya bab2 buat kek ni takde masalah cuma bila nak bakor je... pelik tgk bila org lain bako kek, tak hangus langsung...
nak kata saya hangus terus tak le tp masih lg ada kesan coklat.. tu yg tak best. huhhuh..
p/s: kena try n error nampaknya.. oven saya masih baru. tak biasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols sllu tgk jenis oven yg digunakan..some oven yg murah sllu ada problem suhu yg tak sekata(depan n belakang oven suhu jadik cam berbeza..tu kdg kite tgk sebahagian kek terlebih garing,sebahagian lagi elok)
yg lain2 punya problem tue da disebutkan penyelesaiannya kat atas..
Last edited by miu~miu on 16-9-2014 11:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak petua dapat hari ni |
|
|
|
|
|
|
|
lama tak buat kek... sebab umah dah dekat dengan kilang kek...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya nak jd mahir buat kek bakar kat oven ni kena jadi bff oven dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|