CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19014|Reply: 3

Panduan Membeli Secara Online Tiket Kapal Terbang AirAsia

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2014 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa kat sini tak pernah naik kapal terbang angkat tangan. Dulu naik kapal terbang memang suatu perkara yang sangat pelik tetapi AirAsia telah mengubah segalanya. Teringat kisah kawan yang pertama kali naik kapal terbang masa take off pegang kerusi macam nak tercabut .. ada ke kawan-kawan yang macam tu??


Cara Beli Tiket AirAsia Online
Entri ini diterbitkan atas permintaan seorang teman yang sedang merancang bercuti. Beliau akan membeli tiket kapal terbang secara online buat pertama kalinya. Semua orang pun akan rasa gugup , rasa senak perut untuk buat sesuatu buat kali pertama.  Apalagi kalau membabitkan transaksi wang secara online. Takut tersilap, takut tersalah.

Moga panduan membeli tiket kapal terbang AirAsia online ini  dapat mengurangkan serba sedikit debar rakan kita tersebut.Cara membeli tiket kapal terbang online mungkin berbeza dari masa ke semasa tetapi secara asasnya seperti ini.



  • Login ke laman web AirAsia. Lebih mudah kalau terus mendaftar. Lain kali nak beli lagi, boleh login saja.
  • Pilih lokasi yang dikehendaki, tarikh pilihan dan bilangan yang akan turut serta di bahagian carian .

Walaupun ada pilihan untuk tiket anak-anak, harga tiket kapal terbang adalah sama untuk semua orang – dewasa atau kanak-kanak. Bayi adalah untuk yang berumur 9 hari hingga 24 bulan.



Carta yang diberi adalah untuk pilihan 7 hari. Pilih saja mana satu penerbangan yang dikehendaki.Tips Membeli Tiket Murah AirAsia
  • Kalau nak cari tiket harga murah,  semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
  • Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
  • Tiket murah tidak bermaksud semua tempat duduk di dalam satu penerbangan itu berharga murah.  Setiap penerbangan mempunyai kuota tiket harga murah yang berbeza.
  • Harga tiket  murah AirAsia tidak termasuk cukai lapangan terbang  dan caji bahan api kecuali disebut sebaliknya.  Cukai lapangan terbang berbeza bagi setiap tempat.
  • Sekarang kita boleh cari tiket harga murah AirAsia dalam julat masa 4 minggu. Klik saja di penjuru kanan  ( view by month )  untuk menyemak penerbangan dalam sebulan.
  • Kalau travel jauh bagus order makan seperti Nasi Lemak Pak Nasser secara online sebab ada diskaun 20%.



Senang nak cari waktu bila ada tiket harga murah AirAsia  dengan carta sebulan. Senang nak rancang waktu sesuai untuk pergi dan balik.Bila dah pilih, klik teruskan dan isi butir peribadi.

Tempahan tiket antarabangsa AirAsia tidak perlukan nombor passport.
Dulu kena isi, sekarang boleh beli tiket,  kemudian baru pergi buat passport. Pastikan nama yang ditulis itu betul mengikut Kad Pengenalan.



Buat juga pilihan penerbangan seperti berat bagasi yang dibawa, tempahan makanan atau permintaan istimewa. Kalau nak diraikan dengan karpet merah pun boleh. Bayar saja. Lihat juga harga yang kita perlu bayar untuk insuran penerbangan.

Bagasi boleh dibeli kemudian ( add on ) kalau ingin menambah barang yang dibawa selewat-lewatnya 4 jam sebelum penerbangan.Boleh juga beli tiket bas online dari KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan ke KLCC.



Selesai semua pilihan, buat pilihan cara bayaran beli tiket online AirAsia. Boleh guna Debit kad atau Kredit kad. Jangan lupa lihat juga caj yang dikenakan untuk memproses pembayaran tersebut.

Selepas itu, kita akan menerima email pengesahan tempahan bersama AirAsia Travel Itinerary dan nombor tempahan ( booking number ). Apa-apa rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan tersebut.

14 hari sebelum terbang, boleh buat check in secara online untuk dapatkan Boarding Pass. Biasanya saya check in 3-4 hari sebelum terbang.

  • Masuk ke laman web Air Asia dan klik Check-in.
  • Kalau check in di kaunter , bayaran RM10 dikenakan untuk setiap keping tiket.

Print Boarding Pass.
Kalau tak boleh print pun tak perlu risau.

  • Pilih opsyen telefon pintar semasa proses daftar masuk dan QR kod akan dihantar ke telefon bimbit . Bila di lapangan terbang, ada kiosk Air Asia. Imbas kod bar untuk mencetak.
  • Pilihan terima melalui email – Pilih opsyen ini semasa proses daftar masuk untuk menyimpan salinan Boarding Pass dalam bentuk PDF dan mencetaknya kemudian.



Ini contoh Boarding Pass AirAsia. Dah siap nombor tempat duduk. Tak perlu nak berebut-rebut macam dulu. Sewaktu melalui balai berlepas, nombor gate akan diberikan.Tiba harinya, datang lebih awal kerana kita mungkin tidak biasa dengan pintu berlepas atau proses pemeriksaan yang perlu dilalui.

Selamat bercuti dan nikmati pengalaman pertama kali naik kapal terbang.  Jangan pejam mata sewaktu take off takut jantung tertinggal! ha ha ha . Jom cuba buat tempahan tiket dengan promosi terkini [url=iklan tidak dibenarkan[/url]







Last edited by owen81 on 16-9-2014 08:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 07:02 AM | Show all posts
Tq dear..memg x penah buat pun beli tiket on9...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 07:35 AM | Show all posts
TQ tt... beli on9 kena rerajin tgk web... certain time mmg bleh dpt murah, pernah terbaca kat mana x ingat, surf web time tgh mlm...

kalau domestik, slalu compare air asia, mas, fire fly, malindo...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2014 08:30 AM | Show all posts
Hai, awak nie tak habis buka thread baru. Nampak mcm ok tiba2 ada la iklan last sekali kan. Nie boleh je letak dekat thread air asia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041335 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list