View: 3258|Reply: 19
|
1 Kor Kor 1111 RM2.5 juta
[Copy link]
|
|
Bangkok: Seorang siswa universiti berasa bertuah kerana berjaya membida nombor plat kenderaan ‘hanya’ 25 juta baht (RM2.5 juta) walaupun menyediakan peruntukan sehingga 50 juta baht bagi mendapatkannya.
Siswa jurusan undang-undang di Universiti Assumption, Thanapat Tuntisevekul, semalam menerima plat bernombor 1 Kor Kor 1111 itu daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Darat, sekali gus mencatat rekod bidaan tertinggi sejak amalan melelong diperkenalkan pada 2003.
Thanapat turut dibenarkan mencipta sendiri rekaan untuk nombor plat berkenaan dan memilih tajuk “Lapan Kuda di Sungai Permata” yang dipercayai menjamin tuah, kemakmuran dan keselamatan kereta berkenaan.
Dengan harga sebegitu, nilai plat berkenan mempunyai nilai 52 kali ganda daripada kereta Nissan Almera yang akan menggunakannya.

Thanapat menunjukkan nombor plat yang dibidanya.
Kereta model itu biasanya berharga hanya 480,000 baht (RM48,000) di Thailand.
Hak ke atas nombor 1 Kor Kor 1111 itu boleh dipindahkan melalui jualan atau diwariskan kepada individu yang dipersetujui.
Thanapat juga dikenali sebagai James berkata, dia ditawarkan sebanyak 33 juta baht (RM3.3 juta) untuk nombor plat berkenaan namun menolaknya kerana jumlah dibayarnya tidaklah terlalu mahal.
“Keluarga saya sedia membayar 50 juta baht (RM5 juta) untuk plat ini,” katanya.
Menurut Thanapat, keluarganya mempunyai perniagaan hartanah.
Tambahnya, dia sekeluarga juga gembira wang itu akan digunakan untuk tujuan yang baik iaitu sebahagian daripada dana bagi mempromosikan keselamatan jalan raya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengangkutan Darat Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata wang itu akan diserahkan kepada Dana Keselamatan Jalan untuk menjalankan kempen mengurangkan kadar kemalangan selain meningkatkan kesedaran mengenai cara pemanduan selamat.
Setakat ini lebih 320 juta baht (RM3.2 juta) berjaya dikumpulkan untuk dana berkenaan sejak bidaan seumpama itu diadakan, 11 tahun lalu.
Rekod bidaan tertinggi sebelum ini adalah untuk nombor plet Yor Ying Yor Ying 9999 iaitu 11 juta baht (RM1.1 juta). - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak bid nombor plat ni dalam mimpi ajelah.. sayang duit oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis orang duit tak habiss...... berbelanja sesuka hati... |
|
|
|
|
|
|
|
untunglaaa dia dpt no plat cantik |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku baik beli keta mahai.. no plat lgk mahai dr keta.. |
|
|
|
|
|
|
|
org ada byk duit boleh la....... |
|
|
|
|
|
|
|
duit da berlebih
boleh la nak buat apa sesuka hati |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti dia tukar kereta lah seperti Ferari, lambogini atau lain2 yg mahal harganya.. |
|
|
|
|
|
|
|
buang duit ja..
apa yg hebat ada no kereta cantik? 
kompom xbo kena eksiden? saman? hujan? |
|
|
|
|
|
|
|
Almera rm48,000??????????? Kat sini rm80k++ ohhhhh tidakkkkkkkkkkkk.... Syukur malaysia masih aman |
|
|
|
|
|
|
|
blh dpt 2 bijik almera kt sana tu..kt sini sebijik jela.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelaburan kut..beli plat mahal..nnt boleh jual kut |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu pembaziran yang nyata... |
|
|
|
|
|
|
|
No plet mahal x brapa heran...
kereta yg tak mahal tu menarik perhatian di sini  |
|
|
|
|
|
|
|
semate2 nombor nye pasall |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia pun sama....
bida no plat keta ratus2 ribu....
tapi pakai duit rakyat....
HAR |
|
|
|
|
|
|
| |
|