CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1888|Reply: 0

bila kena jumpe pakar kesuburan?cuba kuat kuat selepas 1 tahun?

[Copy link]
Post time 6-10-2014 08:07 PM | Show all posts |Read mode
  
Berapakah lamanya satu pasangan harus berjumpa dengan pakar ginekologi jika menemui kegagalan dalam
mencuba kaedah kehamilan alami?

Secara dasarnya, kaum wanita dalam lingkungan umur 35 tahun dan kebawah, sekiranya gagal hamil selepas
mencuba kaedah kehamilan alami selama 1 tahun, berjumpa doktor dengan segera. Sebaliknya kaum wanita yang
melebihi 35 tahun,perlulah meminta bantuan daripada pakar jika gagal hamil dalam setengah tahun (selepas mencuba
kaedah kehamilan alami).

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam selama percubaan untuk hamil, mempunyai hati dan fikiran yang lapang
adalah digalakkan yang mana tekanan emosi akan mempengaruhi peluang kehamilan. Lagipun emosi negatif akan
memberi kesan buruk terhadap janin semasa waktu kehamilan. Namun demikian, jikalau anda sudah mencuba dan
berusaha dalam satu jangka masa dan masih tiada berita kehamilan, bertindak dengan membuat pemeriksaan kesihatan
atau berjumpa dengan pakar-pakar.
Bertindak dengan sewajar dapat mengelakkan daripada terlepas peluang emas untuk beranak. Lagipun
perawatan dapat diberi untuk menangani masalah ketaksuburan sekiranya boleh didiagnosis dengan lebih awal.
Contohnya penyakit seperti kitaran haid yang tidak teratur dan endometriosis, ia dapat dirawat sekiranya
dikesan dengan awal, dan juga dapat menangani faktor-faktor yang boleh menjejaskan kesuburan wanita.
Jika sudah terlambat didiagnosis, masalah akan bertambah rumit dan memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk
menanganinya.
Mungkin anda akan berkata, “saya boleh cuba IUI,IVF atau ICSI. “Adakah anda tahu? Walaupun teknologi reproduksi berbantu ( TRB,adalah bentuk rawatan kesuburan yang menggunakan kaedah perubatan yang membantu kehamilan termasuk IUI, IVF atau yang dikenali sebagai bayi tabung
dan ICSI ) sudah bertambah am pada masa kini, tetapi kadar kejayaan bukan sahaja tidak naik secara mendadak,bahkan
kesan sampingan juga tidak berkurangan, jadi biarpun berupaya menanggung kos perubatan tetapi adakah keadaan
badan anda dapat mengharungi kesan negatif jika menemui kegagalan?
Dalam pengalaman klinikal saya, terdapat beratus-ratus kaum wanita telah mengalami kegagalan dalam IUI,IVF
atau ICSI, dan mereka terpaksa menjangkaui kehampaan dan penderitaan terutamanya kesan sampingan akibat
daripada TRB. Jadi, saya mencadangkan kaum wanita yang ingin hamil berfikir panjang dna mendalam sebelum mencuba
TRB, kecuali golongan wanita yang menghadapi masalah seperti tiub fallopio tersumbat.
Kaum wanita yang mengalami keguguran samada menggunakan kaedah kehamilan alami ataupun melalui TRB,
(kecuali keguguran yang punca daripada kongenital genetik) ,ini menunjukkan keadaan badan masih belum bersedia
untuk kehamilan. Mengistirahatkan diri dan membaiki pulih kesihatan badan sebelum percubaan yang seterusnya.
Keguguran yang berulang akan mengakibatkan ketaksuburan yang kekal.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.371921 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list