CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 11

Kepala Bayi Kena Kunyah...

[Copy link]
Post time 15-11-2014 05:53 AM | Show all posts |Read mode
Babi makan kepala bayi 0
  0  0 Google +0

Agensi
Jiangsu: Seorang kanak-kanak di sini mati dan sebahagian kepalanya dimakan oleh seekor babi selepas dia merangkak masuk ke kandang haiwan itu.
Wei Tsao yang berusia dua tahun bermain di kebun ibu bapanya di Jiangsu, wilayah di timur China.
Dia merangkak masuk ke kandang babi berkenaan ketika ibu bapanya masuk ke rumah seketika.
Sebaik berada di kandang berkenaan, seekor babi betina membahamnya hingga mati, dipercayai kerana cuba melindungi anak yang baru dilahirkannya.
Babi berkenaan kemudian mula memakan kepala Wei Tsao.
Mendengar jeritan anak mereka, pasangan suami isteri itu meluru ke luar, tetapi keadaan sudah terlambat.
Si bapa, Sun Tsai, 25, berkata: “Kami hanya masuk ke rumah beberapa minit saja apabila mendengar jeritannya.
“Apabila kami keluar, kami melihat babi itu yang berada kira-kira 80 meter, mengunyah kepala Wei Tsao.
Penduduk kampung yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tempat kejadian. Mereka menangkap babi berkenaan dan mengikatnya pada pokok sebelum membunuh dan membelah perutnya.
Di dalamnya mereka menemui sebahagian kepala Wei Tsao dan rambut yang mereka tunjuk kepada pihak berkuasa sebagai bukti babi itu membunuh kanak-kanak itu.
Ketua kampung Cheng Yuan, 62, menyifatkan kejadian itu sebagai tragedi paling buruk pernah menimpa penduduk kampung.





Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:05 AM





- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9198#sthash.oWPxLDKx.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian bby tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 09:23 AM | Show all posts
kesiannya punye baby,,
biasala mak akan protect anak dia..lagi2 kalau baru lahir.
binatang pun mcmtuh jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:59 AM | Show all posts
kesian la baby tu..  kena makan dgn babi.. takleh imagine
sian nya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 11:47 PM | Show all posts
Mak aiii dah cam macam rimau budak pun nak dingapnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:56 AM | Show all posts
memang babi betoi..semua nak di ngap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BuBuComey posted on 16-11-2014 10:56 AM
memang babi betoi..semua nak di ngap

Baby dilahap babi..scary siot
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu psl x bg bela babi. Cer bela ayam, kambing, lombu, masih hidup lg baby tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 11:28 AM | Show all posts
Yg salah, mak bapak baby. Babi tu cuma protect anak dia, dan baby tu tak tahu apa2. Mak bapak dia biar dia main kat luar sorang2 kenapa. Bangang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 12:17 PM | Show all posts
mcm mana bleh p masuk kandang babi tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 02:59 PM | Show all posts
malang mmg tidak berbau...walau pun dlm sekelip mata mcm2 perkara yg tak diduga boleh berlaki.....sian baby malang tu yg mati atas kecuaian parents dia....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 03:22 PM | Show all posts
eii babi pun mcm rimau ek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.319531 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list