CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 2

Yuna Raikan Hari Jadi Bersama Pesakit Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 15-11-2014 10:47 PM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Yuna gembira hajatnya untuk gembirakan hati kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terlaksana sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke 28. FOTO: AZMAN GHANI

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi Yuna berkongsi kegembiraan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28 dengan melawat kanak-kanak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada Jumaat.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, majlis tersebut dilakukan secara sederhana bersama 30 pesakit kanak-kanak di wad pediatrik pusat perubatan itu.

"Sebenarnya saya tidak rancang apa-apa pun cuma tiba-tiba saya rasa nak datang hospital dan menziarah kanak-kanak yang sakit.

"Saya beritahu perkara itu kepada ibu saya dan Alhamdulillah ibu saya merealisasikannya dengan menghubungi pihak hospital bagi meminta kebenaran lawatan tersebut,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.




[size=0.75em]Kanak-kanak ini gembira menerima hadiah daripada Yuna.


Yuna lahir pada 14 November 1986.

Jelas Yuna, perkara tersebut dilakukan secara sembunyi tanpa mahu sebarang liputan media bagi mengelak dituduh riak.

Bagaimanapun secara kebetulan semasa lawatan itu, jurugambar The Star iaitu Azman Ghani berada di pusat perubatan berkenaan atas satu tugasan lain.

"Majlis ni memang saya tak beritahu media pun sebab hanya melibatkan keluarga sahaja, tetapi tidak sangka terserempak dengan wartawan The Star.

"Saya tidak mahu orang cakap saya menunjuk-nunjuk pula. Namun saya sangat bersyukur kerana dapat menggembirakan kanak-kanak selain melihat mereka semua tersenyum," ujarnya.

Yuna kini berada di Malaysia sehingga Disember ini bagi memperbaharui visa dan persiapannya untuk menunaikan umrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 11:52 PM | Show all posts
humble and kind-hearted!! go yuna !!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:24 AM | Show all posts
bagus yuna....we always support u
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083856 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list