Beijing: Sebuah jet pejuang terhempas di sebuah bandar di Sichuan, mengakibatkan kebakaran dan menyebabkan beberapa penduduk cedera. Penduduk melihat askar di dalam jet itu menggunakan payung terjun untuk menyelamatkan diri, namun sehingga kini punca kejadian masih belum diketahui.
Nahas berlaku di Pi, Chengdu dan sekurang-kurangnya tiga mangsa melecur teruk manakala tujuh lain cedera. Tiada laporan rasmi mengenai jumlah mangsa, namun mereka yang cedera dibawa ke Hospital Wilayah Sichuan selain hospital tempatan untuk rawatan.
Orang ramai berhimpun melihat kerja menyelamat dan memadam kebakaran dilakukan, malah saksi mendakwa dapat mendengar bunyi letupan ketika pasukan bomba melakukan tugas mereka. - Agensi

|