Kreatif!! Rumah Nautilus Berbentuk Siput | Rumah idaman seseorang pasti mempunyai kelainan yang tersendiri bukan. Kalau boleh, mesti kita nak rumah kita tue, lain dari yang lain. Nah, kongsikan rumah yang berbentuk siput. Mana lah tahu, kot-kot ada yang berminat nak duduk dalam rumah yang macam siput nih. Memang unik dan menarik rumah Nautilus ini. Rekaan yang cukup menawan hati dan sangat tenang apabila kita melihatnya.
Rumah Nautilus yang hebat ini direka oleh arkitek Mexico Javier Senosiain. Rumah Nautilus ini terletak berhampiran dengan bandar Mexico. Rumah cengkerang siput yang sangat indah dan mempunyai rekaan yang unik ini amat sesuai untuk pasangan muda yang mahukan anak-anak mereka membesar dalam suasana alam semulajadi.
Waahhh..bilik mandi ponmenarik jek.. Sangat semulajadi lah.. 
Last edited by Dark_Vampire on 21-11-2014 01:00 PM
|