CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 6

Walt Disney Lancar Trailer 'Star Wars Episode VII: The Force Awakens'

[Copy link]
Post time 30-11-2014 01:05 AM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Star Wars Episode VII: The Force Awakens hanya akan berada dipawagam pada penghujung tahun hadapan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PIHAK Walt Disney Studios Motion Pictures dan Lucas Films baru-baru ini melancarkan trailer filem Star Wars Episode VII: The Force Awakens buat pertama kali biarpun karya J.J. Abrams itu hanya akan menemui penonton di pawagam pada penghujung tahun hadapan.
[size=0.98em]Sebelum ini, pihak penerbit mengumumkan barisan pelakon asal filem berkenaan seperti Harrison Ford (Han Solo), Carrie Fisher (Puteri Leia), Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3P0), Peter Mayhew (Chewbacca) dan Kenny Baker (R2D2) kembali untuk membawa watak masing-masing dalam episod terbaharu itu.
[size=0.98em]Perkhabaran itu adalah berita yang sudah pastinya akan mengembirakan para peminat setia filem ini yang sememangnya mahukan pelakon-pelakon asal kembali dalam episod VII ini.
[size=0.98em]Laman web rasmi Star Wars turut mengumumkan senarai beberapa pelakon baru seperti John Boyega, Daisy Ridley, Oscar Isaac, Andy Serkis, Domhnall Gleeson dan Max von Sydow.



[size=0.98em]Filem terbaru ini akan diarahkan oleh JJ Abrams dan dijadual untuk ditayangkan di pawagam mulai 18 Disember 2015.
[size=0.98em]Ini adalah filem pertama Star Wars selepas Disney mengambil alih kesemua kepentingan francais daripada George Lucas dan berjanji akan menerbitkan episod baru setiap dua tahun mulai 2015.

Ketika filem pertama Star Wars muncul di pawagam pada 1977, hampir kesemua pelakon utamanya berusia dalam lingkungan 20an dan 30an tetapi kini Harrison Ford sudah pun berusia 71 tahun, Mark Hamill, 62, dan Carrie Fisher, 57 dan Peter Mayhew, 69.

Pengambaran bermula Mei lalu dengan plot cerita bermula 30 tahun selepas Return of the Jedi yang diterbitkan pada 1983. Ia adalah filem terakhir Star Wars (iaitu episod VI) sebelum kisah ini kembali ke belakang dalam bentuk prekuel dengan Episod I, II dan III.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2014 05:22 PM | Show all posts
Best ke citer Star Wars???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:36 PM | Show all posts
mesti tak best.dah la bukan george lucas yg buat,pengarah.disney pulak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:51 AM | Show all posts
Luke skywalker yg asal sure dah tua skrg nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 10:46 AM | Show all posts
alesandra posted on 1-12-2014 09:36 PM
mesti tak best.dah la bukan george lucas yg buat,pengarah.disney pulak tu....

filem paling gempak JJ Abrams....Star Trek - into the darkness...
bagi aku mungkin starwars 7 nih ada kegempakan dari jj abrams.....
sedangkan starwars 1, 2 & 3....tak la segempak starwars 4, 5 & 6....CGI jer terlebih....

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 04:37 PM | Show all posts
ctaz posted on 8-12-2014 10:46 AM
filem paling gempak JJ Abrams....Star Trek - into the darkness...
bagi aku mungkin starwars 7 nih ...

agreed..episode I smpi III bosan..merapu meraban..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 07:49 AM | Show all posts
Tak sabar nak tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.157067 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list