Seorang abg mangsa rogol tak menyangka apabila baris-baris ayat yang diucapkan olehnya semasa ditemuramah oleh stesen televisyen jadi popular di Youtube.
Baris-baris ayat yang diucapkan oleh Dodson, 24, diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.
Siapa sangka lagu tu telah dimuat turun sebanyak lebih 30 juta kali menyebabkan band muzik tu membahagikan separuh daripada hasil jualan kepada Dodson. Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.
Untung Dodson kan..tapi tu semua tak boleh kembalikan maruah adik dia. Video atas ialah temuramah sebenar dan kat bawah dah dijadikan lagu.