CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3369|Reply: 5

Perempuan simpanan bongkar rasuah

[Copy link]
Post time 11-12-2014 10:44 PM | Show all posts |Read mode


Reuters - TIENAN (tengah) dikawal dua anggota polis ketika dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di Langfang di wilayah Hebei, China semalam.


BEIJING – Seorang bekas pegawai tinggi China dihukum penjara seumur hidup semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah AS$5.8 juta (RM20.17 juta).




Bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pembangunan Dan Pembaharuan Kebangsaan, Liu Tienan didapati bersalah menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan daripada beberapa individu berkepentingan.




Menurut dokumen mahkamah, Tienan menerima rasuah daripada beberapa ahli perniagaan yang memberinya wang tunai dan pelbagai hadiah lain termasuk sebuah vila di sini serta kereta sport Porsche.
“Tienan didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.



“Tertuduh didapati bersalah berdasarkan fakta dan bukti yang mencukupi,” menurut  dokumen mahkamah yang diperoleh pihak media.
Kes berprofil tinggi berkenaan dibicarakan di sebuah mahkamah di Langfang, dalam wilayah Hebei.



Perbicaraan tersebut dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan hanya media tempatan yang dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
Tienan merupakan antara pegawai tinggi negara itu yang didakwa di mahkamah selepas Presiden China, Xi Jinping berikrar memerangi rasuah selepas beliau berkuasa dua tahun lalu.



Aktiviti Tienan terbongkar selepas seorang wanita yang juga perempuan simpanannya membocorkan perjanjian perniagaan meragukan dan penipuan lelaki itu kepada seorang wartawan. – AFP



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 11:18 PM | Show all posts
kan dh mendapat... ni mesti gundik heols mintk nk shopping tp x dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 08:23 AM | Show all posts
mintak duit tak dapat, dia pun bongkarkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:17 AM | Show all posts
nak da pompuan simpanan tapi kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 10:22 AM | Show all posts
padan muka.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 12:53 PM | Show all posts
gundik dia SB
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.169983 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list