View: 1576|Reply: 0
|
11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF (Part 9)
[Copy link]
|
|
11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF (Part 9)
Penyemakan doktor: Sebelum mejalankan rawatan IVF, doktor yang bertanggungjawab akan menyemak dengan teliti samada setiap pasangan suami isteri sesuai untuk mengadakan rawatan tersebut, dan selepas rawatan bermula, dia juga akan menyemak dengan berhati-hati adakah mereka sesuai untuk melangkah ke peringkat rawatan yang berikutnya.
Pada umumnya, inilah tanggungjawab doktor bagi memberitahu pesakitnya samada mereka memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan untuk melangkah ke peringkat yang berikutnya, adakah keselamatan mereka terjamin, dan adakah kesihatan mereka tidak akan terkoban sekiranya mereka menjalankan sesuatu rawatan.
Ini adalah kerana pasangan suami isteri bukanlah doktor, sungguhpun mereka sudah ketahui apa itu IVF, tapi tidak sejelas seperti apa yang diketahui doktor, oleh itu mereka masih perlu mengikut panduan yang diberi oleh doktor. Maka inilah mustahak bagi doktor membuat setiap keputusan dengan penuh berhati-hati.
Pendek kata, doktor patut sentiasa memberi keutamaan kepada keselamatan pesakit apabila membuat keputusan rawatan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa kebaikan rawatan kepada pesakit.
Dalam rawatan IVF, pada setiap peringkat ,doktor perlu mengkaji beberapa faktor untuk menetukan samada pasangan itu sesuai untuk meneruskan rawatannya.
Di sinilah kami merumuskan beberapa faktor penting yang akan dipertimbangkan oleh mereka.
1.Isteri gagal untuk mengurangkan berat badannya kepada linkungan yang ditetapkan oleh doktor.
Selepas pemerhatian bagi suatu tempoh masa, doktor mendapati bahawa isteri itu agak susah untuk mengurangkan berat badannya ke aras yang di tetapkan , dia akan menasihatinya agar menghentikan rawatan IVF.
Ini adalah kerana wanita yang gemuk memerlukan ubat IVF yang banyak agar ovumnya boleh mencapai kematangan yang memuaskan, dan seterusnya memudahkan proses pemeliharaan embrio dan memindahkannya ke dalam rahim wanita.
Pada umumnya , wanita akan diberi ubat yang bernama GnRH antagonist, fungsinya adalah menahan otak terlalu awal memberi arahan untuk kesuburan. Ini akan menjejaskan kematangan ovum.
Jadi selepas mereka menyuntik GnRH antagonist, sekiranya ia terlalu cepat diserap oleh badan, otak akan memberi arahan untuk kesuburan dengan cepat, ini bermakna ovum yang tidak matang akan dikeluarkan, ini akan gagal memupuk kehamilan.
Pakar sains sudah membuktikan bahawa gadis yang gemuk sering menemui keadaan yang dinyatakan di atas. Dan mereka juga mendapati bahawa gadis yang gemuk mengalami kegagalan yang tinggi dalam IVF jika berbanding dengan gadis yang berat badannya biasa atau kurang..
2.Sebab perubatan: Terdapat sesetengah wanita menemui masalah alahan terhadap ubat IVF, dan ini akan memudaratkan nyawa, jadi doktor mengarah agar rawatan diperhentikan.
3.Kualiti embrio yang teruk : Selepas proses pemeliharaan embrio, mendapati bahawa kualitinya tidak memuaskan, ini pasti akan menjejaskan tumbesarannya, maka doktor mengarah agar rawatan diperhentikan.
4.Tekanan darah tinggi : Sekiranya doktor mendapati bahawa pesakitnya menghidapi tekanan darah tinggi , dia akan menasihati mereka memperhentikan IVF, sehingga mereka dapat mengawal paras tekanan darah dalam linkungan yang memuaskan dan stabil.
Objektifnya adalah untuk mencegah wanita itu menghidapi tekanan darah tinggi jenis hamil yang akan mendatangkan bahaya kepadanya dan bayinya kelak.
Selain itu, doktor juga ingin mencegah ibu hamil membawa tekanan darah tinggi kepada anaknya kelak.
5.Kualiti suami semakin baik : Kualiti suami menjadi semakin dan agak memuaskan, jadi mereka tidak perlu mengandung dengan cara IVF( sekiranya kualiti suami merupakan faktor utama bagi masalah ketidaksuburan mereka).
6.Reaksi yang lambat atau fungsi ovari sudah merosot : Sekiranya fungsi ovary sudah merosot, tidak akan bertindak ke atas sebarang ransangan, jadi tiada ovulasi, maknanya wanita itu gagal membekal ovum , oleh itu doktor akan menasihatinya memperhentikan rawatan IVF atau menggunakan ovum penderma.
7.Prognosis yang teruk : Oleh disebabkan oleh dasar perniagaan yang konflik, segelintir doktor mengalakkan pasangan suami isteri menjalankan IVF tanpa membuat diagnosis yang teliti dan menyeluruh.
Dan selepas itu , untuk mengekalkan peratusan kejayaan IVF yang dianggap tinggi, mereka enggan meneruskan rawatan IVF bagi pasangan suami isteri. Akan tetapi mereka sudah membuat bayaran, dan terpaksa memperhentikan , tersangkup dalam keadaan yang agak teruk.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan kesuburan, sila layari:
https://www.facebook.com/notes/l ... -pa/883357741709410
|
|
|
|
|
|
|
| |
|