View: 2810|Reply: 0
|
11 Sebab Utama Pasangan Suami Isteri Menamatkan Rawatan IVF (10)
[Copy link]
|
|
Masalah kewangan: Sebahagian besar rawatan ketidaksuburan tiada jaminan insurans, ini mengakibatkan kebanyakkan pasangan suami isteri terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membiayai kos rawatan. Ini merupakan bebanan yang agak besar bagi mereka yang berpendapatan sederhana, dan berasa bertekanan untuk menjelaskan hutang ini.
Kebanyakkan pasangan suami isteri berasa agak sakit kepala terhadap kos rawatan IVF.Didapati bahawa ada kebanyakkan masa, mereka masih berasa kabur mengenai prosedur IVF apabila mereka membuat bayaran untuk IVF, mereka juga tidak jelas tentang kegunaan bayaran (yang agak mahal) yang dibuat itu.
Mungkin mereka sudah berasa hairan mengenai itu, contohnya berasa hairan dengan kos rawatan IVF yang tinggi sedangkan ia kian jadi umum.Mungkin mereka tiada berani untuk bertanya takut dimarahi, atau gagal untuk menyampaikan pertanyaan mereka dengan bahasa inggeris, atau mereka sudah menanya tetapi balasannya agak pendek.
Mereka bimbang akan kegunaan bayaran yang telah dibuat, namun begitu, masa sudah lalui dengan cepat, mereka tidak sanggup mengkaji bayaran dengan teliti, mereka enggan menunggu lagi takut akan hilang peluang beranak.Jadi mereka menandatangani untuk menjalankan IVF dengan cepat.
Tetapi kos kehidupan yang kian tinggi, tambahan pula ansuran kereta dan rumah, ini merupakan beban yang agak berat, jadi sungguhpun pusat IVF sudah memberi juga kemudahan bayaran ansuran, mereka berasa tidak berkeupayaan lagi untuk menanggung beban ini, dan memutus untuk menamatkan IVF.
Mengapakah yuran rawatan IVF begitu mahal ? Adakah yuran ini merangkumi perubatan, pemeriksaan dan temubual dengan pakar IVF?
Biar kami memberitahu kamu.
Faktor pesakit: Sebenarnya yuran IVF adalah bergantung kepada umur pesakit. Pada umumnya, bagi wanita yang berusia tinggi, mereka memerlukan masa yang panjang dan dos ubat yang banyak untuk mengalakkan kesuburan, jadi kosnya adalah lebih tinggi jika berbanding dengan gadis yang lebih muda.
Selain itu, jika gadis menggunakan ovum atau sperma orang lain, kosnya lebih tinggi. Ini adalah kerana mereka perlu membayar yuran untuk orang yang menyelaraskan pendermaan ovum, dan mereka juga perlu membuat pemeriksaan sebelum menderma ovum atau sperma, kos ini akan ditanggung oleh pasangan suami isteri.
Dan ini pasti akan menambahkan beban mereka yang agak berat.
Selain itu, jika mereka berjaya dengan pertama kali, tentulah yuran akan lebih rendah. Akan tetapi ini adalah susah disangka dengan tepat.
Faktor perubatan:
Perubatan IVF digunakan untuk menahan kesuburan, meransang kesuburan, dan membantu penempelan embrio. Dan bagi gadis yang berusia, keperluan dos dan masa adalah tinggi dan lama.
Kos Persediaan IVF(Kos pemeriksaan):
1.Kos Pemeriksaan Sonohysterogram: Pemeriksaan ini dijalankan dalam bilik klinik. Doktor akan menuangkan air garam ke dalam rahim untuk memeriksa samada rahim menimbulkan keadaan yang luar biasa yang akan menjejaskan peratusan kejayaan kehamilan.
2.Kos percubaan prosedur penempelan embrio:Sebelum melaksanakan prosedur penempelan yang sebenarnya, doktor akan menjalankan percubaan prosedur pemindahan embrio, untuk memastikan prosedur pemindahan embrio akan dijalankan dengan lancer dan sempurna apabila saatnya sudah tiba.
3. Kos pemeriksaan sperma: Sebelum menjalankan IVF, suami akan diminta menjalankan analisa sperma. Doktor akan menganalisa jumlah bilangan sperma, kepekatan sperma, pergerakan sperma, rupabentuk sperma. Sekiranya kualiti dan kuantitinya tidak memuaskan, doktor akan mencadang mereka menjalankan ICSI agar meningkatkan peratusan kejayaannya.
4.Kos pemeliharaan sperma: Ini bertujuan untuk memastikan tiada bacteria atau virus berada di dalam sperma yang akan menjejaskan kejayaan kelak.。
5.Kos ujian hormon FSH(Follicle Stimulating Hormone, FSH): Ujian ini digunakan untuk meng ambil tahu paras FSH wanita, dan dengan secara tidak langsung, ini akan menunjukkan kualiti ovum wanita. Biasanya ia dijalankan serupa dengan ujian darah, tetapi mesti dijalankan semasa hari pertama , atau hari kedua, atau selewat-lewatnya hari ketiga haid.
6.Kos temubual dengan pakar IVF:Sebelum menjalankan IVF, kesihatan pasangan akan diperiksa oleh pakar IVF, dan diagnosis akan dibuat.Kadang-kala mereka perlu menjalankan Ultrasound juga, dan ini juga merupakan suatu pembelanjaan.
7.Kos ujian hormone Estradiol : Untuk mengambil tahu paras hormone Estradiol wanita. Hormon ini dapat membantu doktor mengira masa pengeluaran hormone FSH, dan seterusnya dapat memastikan doktor mengeluarkan ovum yang matang pada masa yang tepat.
8.Kos ujian Hormon TSH dan Free T4: Untuk mengambil tahu fungsi tiroid.
9.Kos ujian hormonn ProlactinUntuk mengambil tahu paras hormone Prolactin wanita。Sebenarnya hormone ini membantu badan mengeluarkan susu pada masa yang sesuai. Akan tetapi jika parasnya tinggi, akan menjejaskan peluang kejayaan menghamil, tidak kira samada menghamil dengan cara semulajadi atau dengan IVF.
10.Kos pemeriksaan sebelum mengandung: Ini adalah perlu untuk memastikan tiada menjangkiti virus atau bacteria yang boleh membahayakan kesihatan ibuhamil dan bayi.
Kos IVF :
Kos prosedur IVF yang asas:Untuk membiayai rawatan IVF yang dijalankan oleh pusat IVF.
Kos anestesia: Untuk membiayai kos pengambilan ovum.
Kos penyejukan embrio:Pusat IVF memberi kemudahan bagi pasangan untuk menyimpan embrio agar dapat diguna kelak.
Kesimpulan:
Jika IVF merupakan jalan yang terakhir bagi kamu untuk menghamil ,sila mengkaji dan bertimbang semua faktor, barulah membuat pilihan untuk menentukan tempat menjalankan IVF . Jika kos merupakan faktor pertama yang di pertimbangkan oleh anda, ingatlah mendapat maklumat yang teliti dari pusat IVF untuk membuat keputusan yang bijaksana.
Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan kesuburan, sila melayari:
https://www.facebook.com/notes/l ... -10/883394271705757
|
|
|
|
|
|
|
| |
|