CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2334|Reply: 0

Saya memang harap rawatan IVF tidak pernah dicipta( Bahagian 2)

[Copy link]
Post time 7-2-2015 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Semalam kami sudah mengkongsi dengan kamu cerita Samantha Brick sehingga dia berkata menjalankan rawatan IVF merupakan proses yang agat mengejutkan.Hari ini dia menyambungkan ceritanya.

Semasa menjalani rawatan ini, kami susah berasa tenang pada setiap saat.

Saya berasa pengalaman saya dalam IVF agak berbeza dengan orang lain, kerana ia memang membawa kegembiraan kepada banyak wanita yang mengalami ketidaksuburan.

Saya memang mengalami kebanyakkan kepahitan dalam rawatan yangbegitu mahal. Dan yang penting ialah akhirnya saya gagal dalam kedua-dua kalirawatan IVF, ini amat mengecewakan saya.

Saya ingin memberitahu kepada sesiapa yang bertuah berjaya melahirkan anak dengan sekali IVF sahaja:adakah anda tahu ada kebanyakkan wanita mengalami kesulitan, kepahitan yang banyak dalam IVF tetapi akhirnya masih gagal beranak dengan IVF?

Nasib baiknya, ada sesetengah dari kami sudah menyedar hakikat ini.

Dalam dunia IVF, nyawa senang “dicipta”dengan cepat, tapi ia juga dihapus dengan cepat. Ada sesetengah pasangan suami isteri terpaksa menjelaskan bayaran rawatan IVF yang agak tinggi selepas kegagalan IVF disebabkan mereka membayar dengan ansuran.

Kehidupan yang penuh dengan hutang yang tinggi menambahkan kesulitan bagi kehidupan mereka. Terdapat pasangan suami isteri bercerai selepas rawatan IVF pula.

Saya mengakui bahawa sekiranya saya melahirkan anak saya dengan IVF, saya tidak akan menulis karangan ini.

Jangan lupa rawatan ini memang merupakan salah satu jenis perniagaan.Dalam tahun 2011, Negara U.K sudah mencipta hasil pendapatan 500juta ribu pound dengan IVF.59.7 peratus adalah berasal dari klinik swasta IVF.

Pada masa kini, rawatan IVF amat komersial.Akan tetapi apa yang saya benci akan iaialah kualiti nya tidak selaras dengan harganya. Pendek kata,ia gagal untuk memanfaatkan kebanyakkan pengguna.

Peratusan kejayaannya setinggi hanya 25% sahaja.Ini bermakna dalam seratus orang pesakit yang menjalankan IVF, hanya 25 orang akan berjaya sahaja. Setiap pengguna IVFmemang berharap dia merupakan orang yang bertuah untuk berjaya dengan IVF.Tetapi kebanyakkan wanita yang menjalani IVF sudah berusia tinggi. Peratusan kejayaan IVF akan menurun demi peningkatan usia perempuan.Maknaya mereka tidak lagi akan menikmati peluang kejayaan yang setinggi 25%.

Dengan ikhlasnya, saya mengaku bahawa saya tidak pernah berfikir untuk beranak denganIVF semasa saya berusia 40 tahun. Dan pasa masa saya berusia 40 tahun, peluang saya untuk berjaya dengan IVF hanya 12% sahaja.

Saya berkahwin dengan suami pertama saya pada umur 31 tahun, tetapi perkahwinan ini hanya kekal selama 17 bulan sahaja disebabkan dia tidak ingin beranak.

Selepas 6 tahun dari perceraian itu, saya berkahwin dengan Pascal, dan merancang untuk beranak bersungguh-sungguh. Namun begitu, kami masih gagal menghamil.

Pada masa itu, saya sudah menyedari daya kesuburan saya sudah merosot, dan saya mulai menyerah diri kepada penghamilan.

Tetapi saya mulai mengharap untuk menghamil selepas saya digalak hebat oleh kakitangan pusat IVF.

Jadi bagi dua tahun yang seterusnya, kami menjalani rawatan IVFdengan bersungguh-sungguh, dan melengkapi semua ujian pemeriksaan pre-IVF yang agak mahal .

Pada saat ini, saya berasa kenyataan “ saya memang harap IVF tidak pernah dicipta” sudah banyak kali wujud dalam hati saya.”

Pada masa itu, saya sudah berusia 39 tahun, dan suami saya sudah berusia 49 tahun. Dia didapati kuantiti spermanya agak sikit( Ini disebabkan oleh jangkitan virus yang berlaku selepas kemalangan)

Bagi saya pula, doktor memberitahu bahawa daya kesuburan saya sudah merosot dengan kelajuan yang amat mengkagumkan. Akan tetapi, kami sangat inginkan anak , dan memutus untuk menjalankan IVF biarpun kejayaan kami agak rendah. Ini adalah kerana kami berasa kami merupakan orang yang bertuah, tetapakan berjaya dengan IVF.( Akan disambungkan pada minggu depan Khamis dan Jumaat.)

Untuk maklumat lanjut sila layari:


https://www.facebook.com/notes/l ... n-2/892088470836337

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.034844 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list