View: 1783|Reply: 0
|
BINTANG tengah Chelsea, Ramires Santos bangga berkulit hitam
[Copy link]
|
|
BINTANG tengah Chelsea, Ramires Santos memberitahu bangga dilahirkan sebagai manusia berkulit gelap.
Ramires yang berasal dari Brazil menjawab soalan media berhubung insiden perkauman yang dilakukan segelintir penyokong The Blues di Paris ketika menyaksikan saingan Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain, Selasa lalu.
Semasa kejadian, peminat Chelsea menghalang seorang lelaki berkulit hitam untuk menaiki kereta sambil melaungkan kata-kata berunsur rasis.
"Saya mengutuk perilaku rasis tersebut. Mengapa perlu ada sikap diskriminasi?
“Penting bagi kita semua untuk menyebarkan hak kesamarataan. Sebagai pemain bola sepak, kami harus menunjukkan teladan baik untuk dicontohi masyarakat terutama golongan muda.
"Saya bangga dilahirkan berkulit gelap, ia hanya sekadar kulit. Semua orang memiliki darah yang sama.
"Kita semua manusia, tiada beza," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|