|
JURULATIH Selangor, Mehmet Durakovic akui pemainnya sudah dipersiapkan segala kemungkinan termasuk berlatih sepakan penalti kerana sedar Felda United bukan calang-calang pasukan.
Perkara itu terbukti apabila pertemuan di Selayang berkesudahan 2-2 dalam masa sebenar sebelum The Red Giants keluar sebagai pemenang.
"Ya, sebagai pemain profesional, mereka sudah diingatkan bersedia apa jua keadaan termasuk menghadapi penentuan penalti. Kami berjaya melaksanakan tugasan ini.
"Kami berjuang 100 peratus dan bagai tak percaya boleh bangkit mengikat Felda. Sekarang, masa kami untuk meraikan kejayaan ini," katanya selepas perlawanan.
Sementara itu, Durakovic terkejut dengan layangan kad merah kepada Andik Vermansyah yang disifatkan bagus sepajang permainan.
"Begitu juga seperti K Gurusamy, Hadi Yahaya, semua pamer aksi terbaik. Saya puas hati," katanya.
sumber:sinar harian
|
|