View: 2255|Reply: 0
|
KES SELESAI: FERRIS KE FELDA UNITED
[Copy link]
|
|
Isu berkaitan perebutan antara Felda United dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terhadap bekas pemain Harimau Muda A, Ferris Danial Mat Nasir menjadi kontroversi pada sebelum ini telah pun mendapat jalan penyelesaian dengan keputusan berpihak kepada Felda United.
Pemain tersebut dengan sahnya milik Felda United seperti yang dikatakan oleh pengendali Felda United, Irfan Bakri Abu Salim.
Tambahan lagi, beliau berasa amat gembira dengan kehadiran Ferris setelah sekian lama menantikan keputusan tersebut dan pastinya akan memberikan pilihan lebih luas kepadanya memperkuatkan lagi jentera serangan serta akan memberikan saingan kepada dua pemain import, Edward Junior Wilson dan Makeche Ndumba yang telah banyak sia-siakan peluang pada aksi pusingan kedua Piala FA, Sabtu lalu.
Bagi perlawanan Liga Super menentang LionsXII di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu ini pastinya Irfan akan meletakkan Ferris dalam pasukan selepas tidak berpeluang berbuat demikian dalam tiga perlawanan lepas.
Felda United kini mempunyai peluang untuk mencapai kedudukan teratas dalam carta Liga Super sekiranya dapat menumpaskan LionsXII setelah meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri pada sebelum ini.
Pada sebelum ini, perebutan melibatkan Ferris bermula apabila pemain tersebut tidak melaporkan diri selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membubarkan Harimau Muda A sehinggakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin terpaksa campur tangan dalam perkara tersebut kerana tidak mahu isu itu dibawa ke pihak Jawatankuasa Status yang berpotensi akan mencetuskan impak kepada semua.
Tambah pula, kerisauan mengenai perkara itu juga turut disuarakan oleh pengendali Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee kerana hal tersebut bakal menjejaskan persiapannya untuk menghadapi Sukan SEA Singapura, Jun nanti.
kredit:www.duniasukan.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|