|
Dalam satu pos blog, Microsoft mengesahkan bahawa Windows Server dan System Center tidak akan dilancarkan sehingga 2016. In berbeza dari kebiasaan di mana Windows Server dilancarkan di samping versi Windows konsumer. Jadi kita hanya akan melihat Windows 10 dilancarkan tahun ini.
Microsoft Windows Server Hadir 2016Microsoft mengesahkan bahawa keluaran Microsoft Windows Server terbarunya akan hanya dilancarkan pada 2016, satu langkah luarbiasa memandangkan biasanya OS tersebut dilancarkan di samping versi Windows konsumer.
Perancangannya ialah untuk melancarkan versi preview Windows Server dalam musim bunga ini. Menurut pasukan server dan cloud, Windows Server akan berkongsi teknologi asas yang sama dengan Windows 10 dan Microsoft akan terus bekerjasama dengan pengguna untuk menghasilkan penyelesaian pengguna. Malah versi System Center Configuration Manager berikutnya akan menyokong Windows 10 dan akan dilancarkan pada jangkamasa yang selari dengan Windows.
Walaupun OS tersebut tidak akan dilancarkan sehingga 2016, Microsoft akan melancarkan versi-versi preview sepanjang 2015. Versi preview pertama Windows Server telah diancarkan Oktober lepas di samping versi preview Windows 10.
Sebelum pengumuman rasmi tersebut dibuat, terdapat spekulasi mengatakan Microsoft akan menangguhkan pelancaran versi Windows tersebut. Walaupun Microsoft mengesahkan pelancarannya tahun depan, ia tidak pula menerangkan sebab OS tersebut ditangguhkan pelancarannya. Mungkin syarikat itu ingin menumpukan perhatiannya kepada pelbagai produk yang diperkenalkan pada acara Microsoft tempoh hari sebelum menjelajah lebih jauh dengan produk lain.
kredit:www.techkini.com
|
|