CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1882|Reply: 4

Derma Rahim Untuk Bantu Wanita Bermasalah Dibolehkan Dalam Islam.

[Copy link]
Post time 14-3-2015 07:01 PM | Show all posts |Read mode

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan bahawa pemindahan rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang bermasalah melalui proses pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Hukum bagi menderma rahim bagi yang memerlukan adalah harus, namun ketiadaan organ peranakan itu  akan menjejaskan nyawa seseorang wanita. Jadi, terdapat syarat yang penting serta dibolehkan antaranya syarat rahim tersebut haruslah diterima dari wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima tersebut pula mengalami masalah rahim.
“Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam Al-Quran,” katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Hospital Universiti Akdeniz, Antalya Turki menjadi hospital pertama yang mencatat sejarah dengan kejayaan pertama pemindahan rahim oleh Dr. Omer Ozkan dan pasukannya pada Ogos tahun lepas. Derya Sert, 22 adalah penerima rahim tersebut yang mempunyai masalah kerana dilahirkan tanpa rahim.
Antara syarat lain yang membolehkan pemindahan organ tersebut berlaku adalah seperti yang digariskan mengikut Islam seperti mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan sebarang urusan jual beli. Pendermaan dan penerimaan organ melalui orang bukan Islam adalah dibenarkan dan perkara tersebut tidak sepatutnya menimbulkan sebarang syak serta salah faham.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lm BBC td baru tertgk documentary pasal derma rahim ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2015 12:52 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 27-4-2015 10:13 PM
lm BBC td baru tertgk documentary pasal derma rahim ni.

boleh lar pas ni sukarela derma...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2015 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak punya dah lusuh kot.. Dah 6 kali ngandung, CA :-)   :-)  :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 06:47 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 25-5-2015 02:19 PM
Akak punya dah lusuh kot.. Dah 6 kali ngandung, CA :-)   :-)  :-)

lusuh ker longgar... cubalah jamu kencur kak.. :-P
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040213 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list